nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Jepak: GPS, PBK, Aspirasi umum calon

18 OKT : Bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Iskandar Turkee diumum sebagai bakal calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pengumuman Calon GPS sempena PRK bagi DUN N.67 Jepak di Bintulu, hari ini 

Menurut Abang Johari, Iskandar dipilih berdasarkan kemampuan serta pengalamannya yang luas dalam kegiatan sosial masyarakat.

“Kesungguhan beliau juga boleh dilihat, apabila sanggup meninggalkan jawatannya (sebagai pengarah AADK) untuk berkhidmat untuk rakyat di Jepak.

“Walaupun ini hanya pilihan raya kecil, tapi bagi saya keputusan PRK ini besar untuk membuktikan sokongan rakyat kepada GPS untuk terus menerajui Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Parti Bumi Kenyalang (PBK) menamakan bekas anggota polis, Stevenson Sumbang sebagai calon bagi merebut kerusi DUN Jepak.

Stevenson berkata partinya tidak mahu GPS menang tanpa bertanding di kerusi itu.

Ahli perniagaan itu nekad bertanding kerana mahu membawa misi partinya untuk menentang orang didakwa ‘tidak betul’ dalam parti pemerintah, meskipun mengaku semua parti termasuk GPS dan PKR adalah baik.

Sementara Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) pula mengumumkan seorang ahli perniagaan, Chieng Lea Ping sebagai calon.

Menurut Chieng, rakyat Jepak harus berani menerima perubahan dari takuk lama ke corak kepimpinan yang lebih baik pada masa hadapan demi kesinambungan pembangunan di Jepak secara keseluruhannya.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip dari GPS pada 15 September lepas.

Allahyarham Talib menyandang kerusi DUN Jepak selama enam penggal sejak 1996.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.