nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

15 maut, 60 cedera akibat serangan Israel ke atas ambulans

4 NOV : Sekurang-kurang 15 maut dan 60 lagi cedera akibat serangan udara dilancarkan Israel ke atas ambulans yang membawa pesakit dari utara Gaza, semalam.

Tentera Israel mendakwa kumpulan itu membawa pejuang dan senjata menggunakan ambulans, sekali gus serangan telah dibuat.

Pegawai Hamas, Izzat El Reshiq bagaimanapun menegaskan tuduhan itu ‘tidak berasas’, manakala jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qidra pula memaklumkan ambulans terbabit adalah sebahagian daripada konvoi berhampiran Hospital Al-Shifa di Gaza City dan menjadi sasaran rejim Zionis.

Ashraf mendakwa, Israel telah menyasarkan konvoi ambulans di lebih daripada satu lokasi, termasuk di kawasan pagar Hospital Al-Shifa dan Dataran Ansar yang terletak dalam jarak kira-kira satu kilometer.

Rakaman video dikongsikan dalam media sosial menunjukkan sejumlah mangsa terbaring berdekatan sebuah ambulans dengan orang ramai bergegas memberikan bantuan.

Satu lagi rakaman video pula menunjukkan tiga ambulans terhenti sederet, dengan sejumlah orang dilihat terbaring kaku berhampirannya.

Darah turut dilihat berlimpah di lokasi kejadian.

Terdahulu semalam, Ashraf berkata, rakyat Palestin yang berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan parah dan perlu dihantar segera ke Mesir untuk mendapatkan rawatan, akan dibawa ambulans dari Gaza City yang dikepung rejim Zionis ke bahagian selatan.

Israel telah mengarahkan semua orang awam untuk meninggalkan utara Gaza dan berpindah ke bahagian selatan. Bagaimanapun, serangan berterusan oleh tentera rejim Zionis menyaksikan bahagian selatan semenanjung itu turut dibedil bertalu-talu. Tentera Israel juga telah melakukan kepungan sepenuhnya.

Hamas dan pihak berkuasa Hospital Al-Shifa menafikan tuduhan Israel bahawa fasiliti itu digunakan sebagai pangkalan pejuang kumpulan berkenaan.

Sementara itu, AFP pula melaporkan sekurang-kurang 20 orang terbunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan yang ‘menyasarkan’ sebuah sekolah di utara Gaza, menurut Kementerian Kesihatan, awal pagi tadi.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, mangsa dibawa ke Hospital Al-Shifa selepas tentera rejim Zionis membedil sekolah terbabit yang kini menempatkan penduduk hilang tempat tinggal di kawasan al-Saftawy di utara Gaza.

“Beberapa peluru mortar dibedil pada sekolah itu yang memang menjadi sasaran,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.