nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan layanan istimewa Anwar di penjara hanya rekaan

5 DIS : Jabatan Penjara Malaysia menegaskan dakwaan yang dibuat seorang individu dikenali sebagai ‘Abang Mat’ mengenai layanan istimewa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjalani hukuman di penjara Penjara Sungai Buloh pada 2015 hanya rekaan semata-mata.

Jabatan itu berkata, pihaknya sudah meneliti wawancara yang dibuat individu terbabit menerusi satu video berdurasi satu jam 20 minit dimuat naik akaun YouTube ‘Cili Kasi Taruk’ pada 3 Disember.

Tegas jabatan itu, tiada bilik untuk penempatan banduan dalam kalangan orang kenamaan (VIP) di Penjara Sungai Buloh dan mana-mana penjara lain dengan Anwar ditempatkan di klinik Penjara Sungai Buloh atas pengesyoran pegawai perubatan kerana isu kesihatan.

“Klinik Penjara Sungai Buloh turut menempatkan banduan lain yang memerlukan rawatan dan pemantauan kesihatan lanjut dengan hampir keseluruhan mereka adalah banduan tempatan dan bukan hanya banduan warga asing.

“Semua banduan di klinik penjara disediakan katil seperti pengesyoran pegawai perubatan untuk kepentingan kesihatan mereka yang dinyatakan dalam Peraturan 234 Peraturan-Peraturan Penjara 2000,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Jabatan Penjara menjelaskan kerja membersihkan kawasan klinik termasuk bilik di klinik dilaksanakan oleh banduan dipilih serta ditempatkan di klinik berkenaan dan bukannya dari blok penginapan lain yang dipantau rapi oleh pegawai penjara.

“Tiada sebarang tirai dipasang untuk melindungi bilik dasar seperti bilik banduan lain yang tidak dipasang tirai bagi membolehkan kawalan dan pemerhatian oleh pegawai penjara dapat dilaksanakan tanpa halangan.

“Malah, terdapat juga kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan terbabit sebagai bantuan kawalan,” katanya.

Mengulas mengenai dakwan waktu senaman pada sebelah pagi, jabatan itu memaklumkan ia tidak tepat selain menafikan dakwaan Anwar berjoging hanya memakai seluar pendek dan tidak memakai baju.

Selain itu, Jabatan Penjara turut menjelaskan perjumpaan untuk Anwar adalah sama seperti layanan diterima banduan lain yang mengikut sistem peringkat dan bukannya pada setiap hari.

“Perjumpaan pula dilaksanakan di tempat lawatan dan bukannya di klinik penjara. Berasaskan Peraturan 91, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, banduan boleh dibenarkan perjumpaan khas bagi urusan mustahak dan perlu disegerakan.

“Kemudahan ini turut diberikan kepada banduan lain dalam urusan berkaitan termasuk kematian, perniagaan, pelajaran dan urusan keluarga lain yang mustahak dengan keluarga perlu memohon terlebih dahulu. Hampir semua perjumpaan Anwar bersama keluarga, isterinya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ada bersama,” katanya.

Jabatan itu juga memaklumkan Anwar ketika di penjara mahupun di hospital luar penjara tidak pernah melakukan apa-apa perbuatan melanggar tatatertib.

“Begitu juga pelawat yang melawat beliau di penjara dan hospital turut mematuhi tatatertib lawatan diberikan. Kawalan secara rapi oleh pegawai penjara menunjukkan Anwar sentiasa mematuhi peraturan penjara.

“Keperluan rawatan lanjut Anwar di hospital luar penjara adalah di atas pengesyoran oleh pegawai perubatan dengan beliau turut mendapat rawatan dan pemeriksaan kesihatan di Penjara Sungai Buloh,” katanya.

Jabatan Penjara memaklumkan penempatan banduan di klinik penjara termasuk bilik Anwar tidak boleh diakses oleh mana-mana banduan lain dengan dikawal pegawai penjara dikhaskan untuk kawalan terhadap beliau sahaja.

“Prosedur operasi standard (SOP) disediakan tidak membolehkan banduan lain berada di situ. Bilik Anwar juga hanya menghadap dinding laluan petugas pegawai penjara dan hanya boleh dilihat dari pandangan hadapan bilik berkenaan.

“Maka, dakwaan ‘Abang Mat’ dapat melihat Anwar dalam jarak 50 meter adalah mustahil dan satu rekaan cerita semata-mata,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.