nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS seperti ‘gila talak’

6 DIS : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan PAS sebagai ‘gila talak’ ekoran ajakan parti itu untuk mewujudkan semula kerjasama.

Jelas beliau, setakat ini UMNO masih belum terbuka hati untuk menjalinkan kerjasama semula dan sempat menasihati parti itu agar tidak ‘bermimpi di siang hari’.

“Mungkin ada pihak yang kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu. Alangkah sakitnya apabila mereka mempunyai kerusi yang banyak tetapi mereka terus jadi pembangkang.

“Kita harap mereka terus berdoa, untuk tidak melakukan ‘kekencingan’ (penipuan) sekali lagi kepada UMNO yang menyebabkan UMNO tidak langsung mahu membuka jalan setakat ini.

“Allah belum buka lagi hati kami menjalin semula kerjasama politik dengan mereka. Kami harap mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyaksikan majlis penyerahan sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu partinya tidak menolak untuk menjalinkan bekerjasama semula dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menjelaskan, sebarang kerjasama dengan UMNO perlu melalui Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil yang menganggap segelintir pemimpin UMNO sebagai ‘barua’ DAP, Ahmad Zahid berkata beliau mencabar Isham untuk menyuarakan semula pendapat itu pada mesyuarat MKT malam ini.

“Kalau (Isham) ada pendapat yang lain beliau boleh suarakan (pada Mesyuarat MKT). Setakat ini beliau sudah tiga kali tidak datang mesyuarat MKT.

“Mudah-mudahan beliau mempunyai keberanian untuk datang malam ini untuk menyuarakan pendapat yang beliau sanggah sendiri apabila kita mahu jalin kerjasama dengan PH (Pakatan Harapan) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.