nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Datuk Lat terima pengiktirafan di China

25 DIS : Seniman Diraja Datuk Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid menerima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize di Guangzhou, China, Jumaat lalu.

Lat, 72 berkata beliau berasa bangga dengan pengiktirafan jawatankuasa anugerah itu yang melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian di China. “Saya bangga kerana kita mewakili negara kita, lagi pun hubungan antara China dan Malaysia sekarang sangat baik, kebanyakannya melibatkan perniagaan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau yang selamat tiba di Malaysia pada Sabtu lepas berkata, buku komik dan kartun yang dihasilkannya sebelum ini telah ditatap luas di merata tempat di luar negara, termasuk China sejak tahun 70-an lagi.

Mengesahkan dirinya juga merupakan peserta tunggal dari luar China dalam majlis anugerah kali ini, Lat turut dipelawa untuk melibatkan diri dalam pemilihan karyawan pada masa hadapan, namun memaklumkan kepada jawatankuasa anugerah itu bahawa beliau tidak begitu aktif pada usianya ketika ini.

Lat berkata beliau juga sempat berbual dengan pelukis komik tersohor China, Cai Zhizhong yang sudah lama menerbitkan buku-buku falsafah China terkenal di republik itu dan peringkat antarabangsa.

Menurut Lat, Zhizhong yang menyampaikan anugerah itu sendiri kepadanya sudah meminati karyanya sejak tahun 70-an lagi.

“Saya duduk dengan dia sepanjang masa (pada majlis berkenaan), dia kata, ‘anda wira saya’. Tak salah saya, dia baca buku saya dari tahun 70-an, 80-an lagi.

“Dia beritahu saya dia sukakan karya saya sebab saya melukis mengenai kehidupan berbilang bangsa. Itulah perbezaan saya dengan orang lain.Macam saya buat Kampung Boy itu orang Melayu (mengenai), apabila saya buat Town Boy, semua itu mengenai berkenalan dengan orang lain, kaum lain,” katanya.

Pada masa sama, Lat berkata, beliau juga dapat bertukar koleksi komik Kampung Boy, Town Boy dan lukisannya sebelum ini dengan karya Zhizhong.

Lat berkata buku komik Zhizhong adalah mengenai falsafah berdasarkan kepada cerita lama, cerita rakyat dan cerita legenda yang kemudiannya dihasilkan dalam bentuk mesej falsafah Cina.

“Buku dia ringkas tetapi ada mesej, itu yang dia terkenal,” katanya.

Sementara itu, dalam surat jemputan pihak jawatankuasa penganjur Cai Zhizhong Comic Prize yang dikongsikan oleh Lat menyatakan gaya karya seni beliau yang unik telah menarik jutaan pembaca dari seluruh dunia, termasuk China.

“Selepas penilaian oleh jawatankuasa pakar, sukacita kami memaklumkan jawatankuasa memutuskan untuk menganugerahkan Anugerah Cai Zhizhong Prize kepada anda (Lat).

“Kami berharap anugerah ini mampu menzahirkan penghormatan tertinggi terhadap pencapaian hebat dan dedikasi anda dalam industri komik,” menurut surat berkenaan. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.