nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Majlis Raja-Raja bincang RUU berkait kewarganegaraan

22 FEB : Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 yang diadakan selama dua hari di Istana Negara antara lain membincangkan mengenai cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Polis (Pindaan) 2023 dan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung hal-hal kewarganegaraan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad berkata mesyuarat juga membincangkan mengenai pelantikan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Beberapa perkara lain yang melibatkan pentadbiran agama Islam dan hal-hal di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) termasuk pelantikan pengerusi MKI, juga telah dibincangkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor Bernama.

Selain itu, majlis diberi taklimat mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara Razarudin Husain dan pertahanan negara daripada Panglima Angkatan Tentera Jeneral Mohammad Ab Rahman.

Mesyuarat dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada mesyuarat berkenaan, Sultan Selangor selaku pengerusi turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud.

“Baginda juga turut menzahirkan ucapan tahniah mengalu-alukan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Seterusnya, disahuti ucapan balas oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak,” katanya.

Memandangkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 adalah yang pertama kali dihadiri oleh Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Selangor menzahirkan titah tahniah kepada Seri Paduka Baginda mewakili pihak majlis, dan seterusnya disahuti dengan titah balas oleh Yang di-Pertuan Agong.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim; Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Sultan Abdullah; dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra turut berangkat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut hadir pada hari ini.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.