nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sesi baharu sekolah kembali ke Januari pada 2026

18 MAC : Sesi baharu persekolahan negara ini akan dikembalikan kepada Januari pada tahun 2026.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata untuk tujuan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah memulakan usaha merancang kalendar akademik bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

“Kawalan dan perancangan ini dibuat bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat bermula pada bulan Januari sehingga Disember.

“Pada masa yang sama, KPM perlu memastikan bahawa penyediaan kalendar akademik adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (penggal, hari dan cuti sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari,” katanya ketika persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar), sama ada kementerian berhasrat mengembalikan semula kalendar persekolahan sebagaimana terdahulu.

Pada November 2021, KPM mengumumkan sesi persekolahan untuk tahun berkenaan dilanjutkan sehingga Februari 2022, sekali gus menyaksikan sesi persekolahan bagi tahun baharu itu bermula pada Mac.

Dalam pada itu, Kah Woh berkata KPM akan mengadakan sesi libat urus bersama-sama pihak berkepentingan bagi penyediaan kalendar akademik seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Iaitu pihak kesatuan atau persatuan keguruan termasuk Kesatuan Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Sarawak (STU) dan Kesatuan Guru Kerajaan Sabah untuk mendapatkan maklum balas berhubung penyediaan draf Kalendar Akademik Tahun 2025 dan draf Kalendar Akademik Tahun 2026 sebelum diangkat untuk pewartaan,” katanya.

Katanya, kementerian juga akan memastikan kalendar akademik disediakan memenuhi tempoh pengajaran dan pembelajaran secara optimum iaitu antara 32 hingga 36 minggu bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan.

“Penjajaran kepada jadual peperiksaan awam juga akan dilaksanakan agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.