nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SolaRIS diperkenal galak pengguna pasang sistem solar PV

27  MAC : Program Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) diperkenalkan bagi menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) untuk pengguna domestik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata SolaRIS dijangka bakal meningkatkan penerapan penjanaan solar dalam kalangan rakyat di bawah Program Net Energy Metering (NEM) yang antara lain akan memberikan rebat RM1,000/kWac sehingga maksimum RM4,000 kepada pengguna baharu.

Katanya, rebat itu boleh dinikmati pengguna baharu yang mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada dan selepas 1 April 2024.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata program insentif khusus dengan menggalakkan pemasangan sistem solar PV di rumah pengguna domestik adalah langkah ‘quick wins’ bagi membolehkan ruang bumbung bangunan dimanfaatkan untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB).

“Dengan mengambil kira potensinya yang besar dan luas, pemasangan sistem solar PV di premis kediaman wajar diperluaskan.

“Ia bagi menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kapasiti TBB dalam sistem pembekalan elektrik kepada 70 peratus menjelang 2050, sekali gus mampu mengurangkan pelepasan karbon oleh sektor bekalan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Fadillah berkata skim ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia dengan had tuntutan sekali bagi setiap seorang yang merupakan pemegang akaun TNB, selain pemohon kali pertama bagi Program NEM.

Menurutnya permohonan NEM Rakyat yang diperoleh perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025 atau sehingga semua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan mengikut yang mana terdahulu.

“Pembayaran rebat hanya akan dibuat selepas pemasangan serta pengoperasian sistem solar PV di bawah Program NEM Rakyat, atas nama pemegang bil dan akan didepositkan ke dalam akaun bank tempatan pengguna, tertakluk kepada terma dan syarat tuntutan.

“Pemberian insentif ini akan dikendalikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan perincian program ini boleh didapati di laman sesawang TNB, SEDA Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga bersetuju meluluskan kuota tambahan 100 megawatt (MW) di bawah Program NEM Rakyat menjadikan jumlah kuota yang diperuntukkan meningkat kepada 350MW.

“Permohonan kuota untuk Program NEM Rakyat ini dibuka sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga semua kuota yang diperuntukkan habis diagihkan, yang mana terdahulu.

“Dengan ketetapan ini, PETRA yakin SolaRIS mampu menarik lebih ramai pengguna domestik untuk menyertai dan menikmati manfaat daripada pemasangan sistem solar di premis kediaman, seterusnya menyumbang kepada aspirasi peralihan tenaga serta sasaran neutral karbon negara menjelang 2050,” katanya.

Laman web wiser.my memaklumkan, TNB menawarkan pakej solar GSPARX yang mampu memberikan penjimatan elektrik rumah pengguna sehingga 90 peratus yang mana untuk kos pemasangan, pengguna perlu menyediakan wang pendahuluan RM18,900.

Pengguna boleh melakukan pembayaran melalui kad kredit dengan tanpa wang pendahuluan, yang mana bayaran bulanan dikenakan RM525 sebulan selama 36 bulan.

Tawaran ini juga memberikan penjimatan kos pemasangan sehingga RM10,746 untuk tempoh 20 tahun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.