nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Siti Bainun kekal dipenjara 12 tahun, mahkamah tolak rayuan

2 MEI : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman penjara 12 tahun kepada Siti Bainun Ahd Razali selepas rayuan Pengasas Rumah Bonda itu ditolak, hari ini.

Perkara itu diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin.

Siti Bainun didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali Bella, tiga tahun lalu.

Wanita itu dibawa ke Penjara Kajang sebaik mahkamah menolak permohonannya bagi menangguhkan hukuman penjara itu.

Pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen mendapati Siti Bainun bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja itu.

Bagi kesalahan pertama iaitu mengabaikan Bella, Siti Bainun dihukum penjara 10 tahun sementara kes menganiaya dia dihukum 12 tahun bagi pertuduhan kedua dan mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Hakim, Izralizam Sanusi turut memerintah tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun dengan seorang penjamin termasuk cagaran RM5,000 sebagai tambahan hukuman.

Selain itu, Siti Bainun juga perlu melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam masa enam bulan selepas tamat hukuman penjara dengan syarat-syarat yang dikenakan.

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun, telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara bulan Februari dan Jun 2021.

Pada 25 November tahun sama, Siti Bainun didakwa lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu di lokasi dan tarikh sama, mengikut peruntukan seksyen yang serupa.

Kes yang mengejutkan negara itu mendapat perhatian sebahagian besar masyarakat termasuk badan pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib kanak-kanak seperti Bella.

Pada prosiding hujahan yang berlangsung pada 7 Mac lalu, peguam Haijan Omar, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan hadir bagi mewakili Siti Bainun selaku perayu.

Sementara pihak pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin pula sebagai responden.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 24 April lalu untuk keputusan rayuan namun tarikh tersebut dilapangkan dan ditangguhkan sehingga ke Khamis.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.