nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TPM akan mohon bajet lebih besar untuk Sabah tahun depan

9 MEI : Kerajaan Pusat sentiasa memberi keutamaan peruntukan kepada Sabah, yang disalurkan bukan sahaja menerusi agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), tetapi juga Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) serta Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata pada tahun ini RM1.49 bilion atau 20 peratus daripada RM7.43 bilion peruntukan Pembangunan KKDW di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 diperuntukkan kepada Sabah.

“Bagi daerah Kinabatangan, KKDW juga memperuntukkan RM77.35 juta bagi tujuan pembangunan termasuk untuk pelaksanaan pelbagai projek membabitkan kemudahan awam, infrastruktur perhubungan serta utiliti desa.

“Saya juga difahamkan ada keperluan banyak untuk ‘tong biru’ di Kinabatangan ini, nanti saya mahu senarai…saya tahu ini masalah air, KKDW juga melihat beberapa kawasan yang memerlukan telaga tiub, kerana kawasan itu punyai tekanan rendah. Setelah lebih 60 tahun merdeka rakyat juga perlu bekalan air, elektrik serta jalan yang sempurna, KKDW komited untuk bantu rakyat,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Sentuhan Kasih Desa KKDW dan Keusahawanan Desa MADANI di Dataran Tamu Sukau di Kinabatangan, hari ini.

Ahmad Zahid dalam pada itu berkata, beliau akan memohon tambahan bajet lebih besar khusus untuk Sabah tahun depan.

Selain itu, katanya, KKDW juga melaksanakan program lonjakan mega luar bandar dengan peruntukan RM9 juta serta Program Bersepadu Pemajuan Kawasan bernilai RM47.6 juta yang memberi manfaat kepada penduduk.

“KKDW melalui KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) juga telah menyediakan peruntukan berjumlah RM2.31 juta bagi pelaksanaan pelbagai program pembangunan komuniti dan latihan keusahawanan (RM1.17 juta); pendidikan kemahiran (RM1.14 juta) selain RM1.5 juta bagi naik taraf kemudahan premis bagi manfaat masyarakat luar bandar termasuk kawasan Kinabatangan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, RM18 juta juga diperuntukkan untuk pelaksanaan program pembangunan modal insan dan modal sosial di negeri Sabah seperti Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, RM155.24 juta diperuntukkan bagi Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) serta Latihan Kemahiran Pekebun Kecil untuk pembangunan dan pemerkasaan usahawan luar bandar di negeri Sabah.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan watikah pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mewakili 132 pengerusi dan setiausaha jawatankuasa itu dari 66 kampung di Kinabatangan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.