nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MP Bersatu sedia kosongkan kerusi jika diarah speaker, mahkamah

15 MEI : Ahli Parlimen Bersatu, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman menyatakan kesediaan untuk mengosongkan kerusi diwakilinya jika Yang Dipertua Dewan Rakyat atau mahkamah mengisytiharkan Parlimen Labuan kosong.

Katan Suhaili, sehingga kini masih tiada sebarang surat pengosongan kerusi diterima daripada mana-mana pihak susulan tindakannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tidak terima apa-apa keputusan Speaker…kalau Speaker kata kosong, kita bertanding balik namun sehingga kini, kita tidak terima apa-apa surat.

“Selagi Speaker atau mahkamah tidak memutuskan, kami akan kekal (sebagai Ahli Parlimen),” katanya lapor BH.

Baru-baru ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dilaporkan berkata status enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong pentadbiran Perdana Menteri sebagai Ahli Parlimen masih tidak berubah.

Menurut Johari, keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan dibuat jika pimpinan parti mengemukakan notis makluman berhubung pengosongan.

Dalam pada itu, Suhaili menegaskan beliau tetap dengan sokongan diisytiharkan pada 30 Oktober lalu.

Mengulas perkara yang sama, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata sehingga kini beliau berpendapat kedudukannya masih dalam status quo.

“Tiada apa yang hendak dikomenkan…masih dalam BERSATU, tiada surat apa-apapun, jadi status quo,” katanya.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata surat berkaitan status keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang masing-masing menyokong pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor akan dihantar dalam masa terdekat.

Katanya, surat berkenaan akan dihantar secara serentak kepada semua wakil rakyat terbabit sejurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu selesai.

Selain Suhaili dan Syed Abu Hafiz, empat lagi ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri adalah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi; Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan seorang ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.