nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada cukai baharu diperkenal, fokus subsidi bersasar

25 MEI : Kerajaan tidak mahu memperkenal intrumen percukaian baharu sebaliknya melakukan penyasaran subsidi lebih adil dan menepati keperluan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyasaran subsidi diesel yang diumum sebelum ini mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.

“Saya tidak mahu perkenalkan instrumen percukaian baharu yang membebankan rakyat, tentang penyasaran subsidi diesel, diesel yang bocor ini melibatkan berbilion ringgit…orang kaya, perindustrian besar yang kerajaan masih berikan subsidi.

“Jadi penyasaran subsidi itu dikenakan kepada orang-orang kaya, industri besar dan warga asing. Para nelayan dan pekebun kecil, pemandu grab dan teksi, semua dikecualikan…mungkin hampir sejuta rakyat dikecualikan daripada dikenakan cukai diesel,” katanya, lapor Bernama.

Anwar berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Madani yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam pada itu, perdana menteri turut menggesa semua kementerian dan jabatan menjadikan slogan Madani satu konsep yang dinamik selari dengan perkembangan teknologi, digitalisasi serta kecerdasan buatan (AI) dalam membangunkan negara.

Anwar juga menyentuh mengenai Persidangan Ekonomi Islam yang berlangsung pada 28 dan 29 Mei ini di Kuala Lumpur yang akan mengambil kira teras Maqasid Syariah iaitu skop lebih luas dan menyeluruh.

“Persidangan ekonomi tersebut akan melihat ekonomi Islam dari aspek Maqasid yang lebih luas, bermakna bagaimana penyertaan rakyat, memperbaiki kesenjangan sosial, menggunakan peluang dan meneroka teknologi digital AI.

“Persidangan itu akan membawa satu pemikiran baharu yang saya anggap Madani kerana ia membicarakan soal masyarakat, mencakupi semua bidang,” katanya.

Ab Rauf pula berkata 10 resolusi telah diperhalusi untuk dicerakin dan direalisasikan dalam konvensyen yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu.

Beliau berkata, ia termasuk mengakui Malaysia Madani adalah gagasan yang berupaya menyelesaikan permasalahan ummah, memenuhi kehendak semasa dan masa hadapan serta potensi rakyat negeri dan negara.

“Suara dan hasrat rakyat serta agensi kerajaan harus disinergikan sebagai usaha membangun negara Madani seiring dengan kegiatan dakwah agar mesej Rahmah dapat diterjemahkan kepada masyarakat dengan lebih strategik.

“Jabatan Ketua Menteri sebagai jabatan utama negeri perlu menjadi penyelaras bagi penyaluran dana daripada kerajaan kepada rakyat di seluruh negeri Melaka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.