nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Projek Inklusif Digital NADI Malaysia diiktiraf global

7 JUL : Malaysia menerima pengiktirafan global melalui Projek Inklusif Digital NADI Malaysia yang dinobatkan sebagai juara Hadiah World Summit On The Information Society (WSIS) 2025.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mewakili negara menerima anugerah itu di Geneva, Switzerland.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan berkata kejayaan itu merupakan milik komuniti yang menerima kemahiran digital demi masa depan lebih baik.

“Saya amat berbesar hati menerima Hadiah WSIS ini bagi pihak Malaysia. Projek Inklusif Digital NADI di Pulau Banggi mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI bahawa tiada siapa pun terpinggir dalam era digital.

“Kejayaan ini adalah milik komuniti yang menerima kemahiran digital demi masa depan yang lebih baik serta kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendukung visi negara yang inklusif dan terhubung,” katanya.

Sementara Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan pengiktirafan itu merupakan usaha memperkasa komuniti terpencil melalui pembangunan kemahiran digital dan kesalinghubungan.

“Dianjurkan International Telecommunication Union (ITU) dengan kerjasama agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hadiah WSIS meraikan projek ICT yang memacu kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” kata kementerian itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Inisiatif NADI Pulau Banggi memenangi kategori ‘C4: Capacity Building’ atas kejayaannya menyediakan literasi digital, latihan kemahiran dan peluang ekonomi kepada salah satu komuniti pulau paling terpencil di Malaysia.

“Ia juga diiktiraf sebagai johan kategori yang sama, mengukuhkan lagi impak transformasinya,” kata kementerian itu lagi.

Dalam pada itu, kementerian memaklumkan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Pelan Infrastruktur Digital Negara Malaysia, inisiatif NADI mewujudkan hab digital komuniti yang kini menyediakan Internet berkelajuan tinggi dan latihan ICT kepada nelayan, petani, pelajar serta pemilik perniagaan kecil seterusnya melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk berjaya dalam ekonomi digital kini.

“Terletak kira-kira 70 kilometer dari Kudat dan hanya boleh diakses dengan feri atau bot laju, Pulau Banggi menempatkan kira-kira 20,000 penduduk dengan ekonomi utama berasaskan perikanan, kelapa sawit dan getah.

“Kedudukannya yang terpencil mengehadkan akses penduduk kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, dan pertumbuhan ekonomi.

“Projek ini mengubah kehidupan penduduk dengan warga belia memperoleh kemahiran ICT, golongan wanita memulakan perniagaan mikro dalam talian dan usahawan tempatan meluaskan pasaran mereka,” kata Kementerian Komunikasi.

Susulan kejayaan di Pulau Banggi, kata kementerian, NADI kini diperluas ke kawasan kurang mendapat liputan lain termasuk Pulau Mandi Darah dengan rancangan untuk diperluas ke seluruh negara menjelang 2035 melalui modul latihan berskala, hab komuniti dan pembiayaan jangka panjang di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Projek Stingray II Pulau Ketam diiktiraf sebagai johan kategori ‘C2: Information and Communication Infrastructure’ atas usaha menyediakan kesalinghubungan berkelajuan tinggi melalui pemasangan kabel gentian optik dasar laut sepanjang 46.4 kilometer antara Kapar dan Pulau Ketam.

Projek itu membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian, keluarga mengakses perkhidmatan teleperubatan dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan digital untuk perniagaan kecil.

Pengiktirafan global ini mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap kesaksamaan digital iaitu memastikan tiada rakyat yang tertinggal walau di lokasi terpencil sekalipun. NADI bukan sekadar projek, ia adalah komitmen untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat peluang digital yang saksama, kata Kementerian Komunikasi.

Katanya, pencapaian ini mengesahkan kedudukan NADI sebagai salah satu program inklusif digital yang paling unik dan berkesan di dunia.

*FOTO : BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.