nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelajar 16 tahun maut di sekolah, beri ruang kepada keluarga

19 JUN : Semua pihak diminta memberi ruang kepada keluarga pelajar perempuan berusia 16 tahun yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Seremban, pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Pendidikan sudah menggerakan bantuan dan sokongan kaunseling diperlukan kepada keluarga dan warga sekolah yang terkesan susulan kejadian itu.

“Saya memohon semua pihak untuk memberi ruang kepada keluarga dan mengelakkan penyebaran maklumat yang belum dipastikan kesahihannya, sementara pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook, malam ini.

Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah atas kejadian itu dengan mendoakan roh pelajar itu dicucuri rahmat.

“Saya dan Azizah berduka menerima berita pemergian seorang anak di sebuah sekolah di Negeri Sembilan hari ini. Takziah buat keluarga yang sedang diduga dengan ujian yang amat berat ini.

“Saya dan Azizah mendoakan semoga roh anak ini dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Semoga keluarga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini. Al-Fatihah,” ucapnya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kejadian itu sedang disiasat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“KPM memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan.

“Saya menyeru masyarakat untuk memberi ruang dan menghormati sensitiviti keluarga yang sedang berhadapan keadaan sukar pada ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, seorang pelajar ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan sebuah sekolah menengah di Seremban pada 10.48 pagi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan polis meneruskan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan beberapa saksi serta laporan bedah siasat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.