nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi Melaka melonjak, angka buktikan prestasi 3 tahun Ab Rauf

29 SEPT : Tiga tahun pentadbiran Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bukan sekadar dapat dilihat menerusi dasar dan program kerajaan negeri, malah turut dicerminkan pada angka ekonomi Melaka yang terus berkembang dari tahun ke tahun.

Felo Kanan Institut Kajian Data Raya dan Kecerdasan Buatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Abdul Rahim Rizwan berkata, data rasmi menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka meningkat daripada RM46.9 bilion pada 2023 kepada RM48.9 bilion pada 2024 sebelum mencecah RM50.3 bilion pada 2025.

Menurutnya, perkembangan itu menjadi antara petunjuk jelas bahawa aktiviti ekonomi negeri terus bergerak dalam tempoh tiga tahun berkenaan.

“Berdasarkan data rasmi, ekonomi Melaka sebenarnya terus berkembang daripada RM46.9 bilion pada tahun 2023, meningkat kepada RM48.9 bilion (2024) dan seterusnya mencapai RM50.3 bilion pada tahun 2025.

“Ini adalah bukti data yang tidak boleh menipu bahawa aliran peningkatan pelaburan dan aktiviti ekonomi berjalan dengan baik di Melaka,” katanya menerusi program SKOP MG bertajuk ‘Dari Dasar Ke Rakyat, Membaca Perubahan Melaka’.

Abdul Rahim berkata, pertumbuhan itu turut disokong sektor perkhidmatan, pelancongan dan pembuatan, termasuk peningkatan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Katanya, pendekatan pentadbiran Ab Rauf melalui inisiatif Melaka Industrial Booster (MIB) yang diperkenalkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) membantu mempercepat proses kelulusan serta memudahkan fasiliti pelaburan.

“MIDA merekodkan Melaka menerima RM14.68 bilion pelaburan yang diluluskan pada tahun 2025. Ini memperlihatkan peningkatan keyakinan pelabur luar dan dalam negara terhadap kepimpinan kerajaan negeri,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Rahim mengingatkan cabaran seterusnya ialah memastikan pelaburan yang diluluskan benar-benar direalisasikan supaya manfaatnya dapat dirasai rakyat.

“Dalam kerancakan ekonomi hari ini, kerajaan negeri harus memastikan pelaburan yang diluluskan tersebut dapat direalisasikan sepenuhnya.

“Ini akan dapat memberi peluang pekerjaan berkualiti serta memberi kembangan limpahan ekonomi kepada rantaian pembekal tempatan,” katanya.

Kesan pertumbuhan itu turut dapat dilihat dalam sektor pelancongan apabila perbelanjaan pelancong domestik meningkat daripada RM6.44 bilion pada 2023 kepada RM8.7 bilion pada 2025.

Abdul Rahim berkata, usaha kerajaan negeri memperkenalkan zon bebas kenderaan (car free zone) selama 54 jam serta pelbagai program tarikan khas turut membantu menarik lebih ramai pengunjung untuk berada lebih lama di Melaka.

“Kita lihat langkah kerajaan negeri memperkenalkan zon bebas kenderaan (car free zone) selama 54 jam serta pelbagai program tarikan khas terbukti berjaya memikat pengunjung untuk tinggal lebih lama, sekali gus berbelanja lebih banyak bagi menggiatkan ekonomi rakyat.

“Impak daripada pertumbuhan ekonomi ini akhirnya kembali semula kepada rakyat Melaka itu sendiri, sama ada pemandu perkhidmatan e-hailing, pengusaha hotel, restoran hinggalah peniaga kecil menerusi peningkatan pendapatan dan penambahbaikan infrastruktur negeri,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.