nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ALAM naik universiti kolej, Melaka tawar Kursi Panglima Awang

1 OKT : Akademi Laut Malaysia (ALAM) dicadang dinaik taraf sebagai sebuah universiti bagi memperkukuh pendidikan dan latihan dalam bidang maritim.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri turut melihat kepentingan memperkasakan legasi Panglima Awang menerusi bidang pendidikan dan akademik.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan meneliti cadangan berkaitan pewujudan Kursi Panglima Awang di ALAM.

“Kerajaan Negeri Melaka juga melihat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada anak-anak Melaka yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang maritim.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri bercadang untuk memperkenalkan Anugerah Tokoh Panglima Awang sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada pelajar cemerlang di ALAM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis ‘The Next Wave : Maritime Education Symposium’ sempena Minggu Maritim Malaysia 2026 di Kuala Sg Baru, Melaka, hari ini.

Ab Rauf berkata, perkara itu akan diteliti dan diperincikan bersama pihak ALAM supaya anugerah berkenaan bukan sahaja menjadi pengiktirafan kepada kecemerlangan akademik, tetapi turut menjadi simbol kepada aspirasi Melaka melahirkan lebih ramai tenaga profesional dan pemimpin muda dalam sektor maritim.

Dalam masa sama, kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) menyediakan bantuan pinjaman pendidikan kepada tiga kadet Melaka yang mengikuti pengajian di ALAM, membabitkan keseluruhan RM300,000.

“Melihat kepada kepentingan sektor maritim kepada masa depan ekonomi negeri, TAPEM juga sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlah penerima kepada lima orang kadet pada masa akan datang, tertakluk kepada permintaan serta kemampuan dan implikasi kewangan kerajaan negeri,” katanya.

Menurutnya, langkah itu sebahagian usaha memastikan anak Melaka mendapat peluang, latihan dan pendidikan terbaik bagi mengisi keperluan industri maritim pada masa hadapan.

Bagaimanapun, Ab Rauf berkata sebarang keputusan muktamad, pengumuman rasmi, pewujudan anugerah atau implikasi kewangan berkaitan cadangan itu hanya akan dipertimbangkan selepas tamat tempoh kerajaan sementara, selaras dengan prinsip Caretaker Government.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.