nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Limau mandarin, kurma juga dikecualikan SST

27 JUN : Kerajaan mengumumkan tambahan dua lagi buah import yang dikecualikan daripada Cukai Jualan iaitu buah limau mandarin dan kurma.

Kementerian Kewangan berkata keputusan itu selepas penelitian dan mengambil kira maklum balas diterima daripada rakyat serta pihak industri.

“Kerajaan MADANI kekal bersedia untuk memastikan semakan semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) ini bersifat progresif serta mengurangkan sebaiknya kesan terhadap barangan keperluan asas rakyat dan beban yang ditanggung oleh perniagaan kecil.

“Selepas meneliti maklum balas yang diterima berkenaan Cukai Jualan ke atas buah import, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah bersetuju untuk mengecualikan buah epal, oren, limau mandarin dan kurma daripada dikenakan Cukai Jualan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pengecualian peluasan skop SST terhadap buah oren dan epal selepas menerima pelbagai keluhan rakyat.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan peluasan skop SST berkuat kuasa 1 Julai 2025.

Dalam kenyataan sama, kementerian menegaskan Kerajaan MADANI tidak mengenakan Cukai Jualan ke atas barangan keperluan harian bagi meringankan tekanan kos sara hidup rakyat terbanyak.

“Barangan keperluan harian yang dikecualikan daripada Cukai Jualan ini-sama ada dihasilkan dalam negara atau diimport-termasuk beras, ayam, daging lembu, sayur- sayuran dan telur.

“Ikan tempatan seperti selar, tongkol, cencaru dan sardin, sama ada dalam bentuk sejuk beku, sejuk dingin atau segar, juga akan terus dikecualikan,” katanya.

Selain itu, menurut Kementerian Kewangan bagi mengurangkan bilangan perniagaan kecil yang terkesan akibat peluasan skop Cukai Perkhidmatan, Anwar memutuskan untuk menaikkan had nilai ambang pendaftaran bagi perkhidmatan Pajakan atau Sewaan serta Perkhidmatan Kewangan, daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

Selain itu katanya, ambang jualan tahunan bagi perniagaan yang tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan untuk perkhidmatan sewaan atau pajakan turut dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

“Ini bermakna hanya perniagaan yang mencatatkan jualan tahunan melebihi RM1 juta akan dikenakan Cukai Perkhidmatan atas perkhidmatan sewaan atau pajakan untuk membolehkan lebih banyak Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menikmati manfaat pengecualian cukai.

“Perdana Menteri turut memutuskan untuk tidak meneruskan peluasan skop Cukai Perkhidmatan kepada perkhidmatan kecantikan seperti rawatan kuku (manicure dan pedicure), rawatan wajah (facial) serta khidmat gunting rambut dan pendandan rambut,” kata kementerian itu.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan menyeru semua pihak agar membuat kenyataan yang bertanggungjawab dan berpandukan maklumat rasmi berhubung pelaksanaan SST.

“Orang awam disarankan untuk merujuk pengumuman awam, infografik, perundangan subsidiari, garis panduan dan soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan menerusi saluran rasmi Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” menurut kenyataan itu lagi.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.