nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM lancar Fakulti AI MMU, perkukuh peneraju AI negara

18 OGOS : Pelaburan bersama bernilai RM37 juta antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Multimedia University (MMU) membuka lembaran baharu kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI) negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata melalui pelaburan itu, AI Transformation Centre (AIX) akan ditubuhkan di Fakulti Kecerdasan Buatan dan Kejuruteraan (FAIE), MMU sebagai hab nasional AI.

Katanya, AIX yang dilengkapi 13 makmal bertaraf dunia itu juga akan berfungsi sebagai hab nasional AI dengan menggabungkan kekuatan akademik, industri dan kerajaan dalam satu kerangka strategik bagi memperkasa inovasi serta melahirkan tenaga kerja masa depan.

“AIX bukan sekadar sebuah kemudahan, tetapi ia menggabungkan dunia akademia, industri, dan kerajaan dalam satu pakatan strategik bagi memacu inovasi, membina keupayaan termaju serta memperkukuh kesiapsiagaan tenaga kerja negara.

“Penyatuan strategik ini memastikan Malaysia bukan sahaja seiring dengan perubahan digital global, malah memimpin dengan tujuan dan impak yang jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan FAIE dan Program Temu Anwar di Dewan Tun Canselor MMU, Cyberjaya, hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pada 28 April lalu, Presiden MMU, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud memaklumkan MMU bakal menjadi universiti swasta pertama yang melancarkan fakulti AI sebagai langkah memperkukuh komitmen universiti dalam memajukan bidang pendidikan serta penyelidikan AI.

Fakulti yang sebelum ini dikenali sebagai Fakulti Kejuruteraan (FOE) itu ditransformasi kepada FAIE bagi melaksanakan sebahagian daripada inisiatif MMU untuk memenuhi keperluan ekonomi digital yang berkembang pesat selain membawa teknologi AI ke tahap lebih tinggi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kemajuan teknologi tidak boleh hanya diukur pada kecanggihannya semata-mata, sebaliknya mesti memberi kesan nyata kepada kehidupan rakyat.

Katanya, MMU diberikan penghargaan kerana peranannya sebagai institusi milik GLC yang memastikan pembangunan teknologi terus berpaksikan keperluan masyarakat.

“Kita tidak boleh berbicara tentang kemajuan jika ia hanya menguntungkan segelintir pihak, dan usahlah kita meraikan kejayaan teknologi jika ia gagal menyelesaikan masalah sebenar di peringkat akar umbi.

“Malaysia MADANI meletakkan enam nilai utama iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan sebagai teras kepada pembangunan negara.

“Dengan komitmen yang ditunjukkan pada hari ini, saya yakin kepada potensi anak muda untuk menguasai bidang ini, malah berharap fakulti baharu ini akan menjadi landasan melahirkan pakar AI yang beretika, penyelidik berprinsip dan warganegara bertanggungjawab,” katanya.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.