26 SEPT : Kerajaan mengenalpasti 11 menara telekomunikasi di Pantai Barat Sabah yang memerlukan kerja pengukuhan struktur tapak segera.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata kerja itu penting termasuk melibatkan menara di Kota Kinabalu dan Penampang bagi memastikan bekalan elektrik dan rangkaian komunikasi kekal stabil ketika berlakunya bencana seperti banjir atau tanah runtuh.
Menurut Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, keutamaan turut diberi kepada menara yang kerap mengalami gangguan bekalan elektrik.
“Baru-baru ini di sebelah timur Sabah ada masalah bekalan terputus dan antara yang terkesan adalah menara-menara telekomunikasi.
“Saya telah minta supaya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti jumlah terkesan sepanjang dua tahun lepas untuk kita lihat trend gangguan.
“Berdasarkan maklumat itu, saya minta supaya menara-menara yang terkesan, paling kerap mengalami gangguan elektrik dilengkapi bantuan seperti set jana kuasa atau solar,” katanya.
Beliau berkata semikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Panca Banjir: Ihsan Komuniti MADANI di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, hari ini.
Dalam program itu, seramai 219 ahli Komuniti MADANI dan warga kementerian di Sabah menerima bantuan pascar banjir.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata gangguan bekalan elektrik itu memberi kesan kepada operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan kerajaan akan melancrkan unit seterusnya Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) dilancarkan di Sarawak.
PRIME dilancarkan 7 September lalu di Sabah dan Semenanjung bagi meningkatkan kesiapsiagaan komunikasi semasa bencana.
*FOTO : BERNAMA