nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Metrai perjanjian dengan AS tidak jejas kedaulatan negara

26 OKT : Malaysia tidak sesekali mempertaruhkan kedaulatan negara apabila memetrai perjanjian tarif baharu dengan Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan perkara itu sambil menekankan pemetraian tersebut bagi memperkukuh hubungan dagangan dua hala dalam kerangka yang menghormati kepentingan nasional.

Katanya, kesemua dokumen perjanjian tersebut sudah disemak dengan teliti dan diluluskan Kabinet sebelum ditandatangani.

“Kita tidak akan menandatangani sebarang perjanjian yang menjejaskan kedaulatan negara.

“Semua kandungan perjanjian ini menghormati prinsip kedaulatan nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Tengku Zafrul turut menekankan meski kerajaan komited untuk mengurangkan halangan perdagangan digital dan perkhidmatan namun ia tidak akan menjejaskan dasar komunikasi negara termasuk cadangan pelesenan media sosial yang sedang diteliti kerajaan.

“Tiada keperluan dalam perjanjian ini yang memaksa Malaysia menarik balik dasar komunikasi atau pelesenan media sosial. Itu tidak menjadi isu,” katanya.

Menurutnya lagi, perjanjian dengan Washington itu  menjadi asas penting dalam meningkatkan kerjasama ekonomi dua hala selain boleh menjadi acuan rundingan masa depan ASEAN dengan rakan dagang utama lain.

“Ini satu bentuk perjanjian yang boleh memperkukuh integrasi ekonomi serantau.

“Malah, esok ASEAN akan menandatangani peningkatan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN–China (ACFTA 3.0) yang memberi tumpuan kepada aspek digital, kemampanan dan perusahaan kecil sederhana,” katanya.

Tambahnya, Malaysia akan terus mengamalkan dasar kepusatan dan neutraliti ASEAN selain memperkukuh hubungan perdagangan dengan semua blok utama dunia termasuk Kesatuan Eropah (EU), India dan BRICS.

Selain itu juga, tiada perubahan terhadap komitmen yang sudah dipersetujui sebelum ini dalam rundingan tarif bersama AS termasuk pelaburan bernilai AS$150 bilion dalam sektor semikonduktor dan aeroangkasa yang diumumkan lebih awal.

“Pelaburan ini datang daripada syarikat swasta dan multinasional, tanpa sebarang pembiayaan kerajaan. Tiada perkara baharu diumumkan hari ini,” katanya.

Perjanjian baharu itu dijangka berkuat kuasa dalam tempoh 60 hari selepas proses undang-undang dimuktamadkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.