nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anak muda mudah terpengaruh kandungan ekstremisme dalam talian

4 DIS : Penyebaran kandungan ekstremisme dan ideologi berbahaya dalam talian semakin membimbangkan apabila mesej yang memudaratkan kini disampaikan secara halus melalui simbol tersirat, visual yang dimanipulasi dan naratif emosional yang sukar dikesan.

Keadaan ini, menurut pakar, menuntut tindakan proaktif platform digital untuk menyekat dan membendung pengaruh berbahaya sebelum ia memberi kesan kepada keselamatan awam.

Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mediha Mahmood berkata golongan belia dan kanak-kanak dikenal pasti sebagai kumpulan paling mudah terdedah kepada pengaruh ideologi ekstrem dan naratif berbahaya dalam talian.

Katanya, keadaan tersebut berlaku terutamanya apabila mereka sedang membentuk identiti, mencari komuniti untuk diterima serta terdedah kepada kandungan yang menarik perhatian atau memberi rasa ‘berkuasa’ serta mencabar norma sedia ada.

“Anak muda mudah tertarik dengan kandungan yang kelihatan ‘cool’, ‘savage’ atau menongkah arus…bagi mereka yang memang sedang rasa tertindas, mereka mudah tertarik dengan ideologi yang memberi mereka identiti yang lebih kuat.

“Tambahan pula, algoritma media sosial akan terus mencadangkan kandungan yang serupa jadi lama-kelamaan mereka hanya nampak satu sisi cerita.

“Tanpa bimbingan orang dewasa atau fakta yang betul, mereka boleh percaya naratif palsu atau memudaratkan dengan cepat,” katanya kepada BBCPORTAL.

Mediha menjelaskan bahawa mesej ekstremisme dan keganasan dirangka secara sengaja untuk mempengaruhi emosi termasuk melalui muzik berbaur perjuangan, visual yang disunting untuk kelihatan mengancam serta penggunaan bahasa atau simbol tersirat.

“Kadangkala, ayat mudah seperti ‘kita sedang ditindas’ atau ‘bangkit lawan’ digunakan untuk menimbulkan simpati atau kemarahan…naratif ini biasanya ringkas, bersifat hitam putih dan mensasarkan rasa tidak puas hati atau ketidakadilan.

“Ia juga bertujuan membuat orang percaya bahawa mereka sedang berjuang untuk kebenaran walaupun kandungannya tidak tepat, palsu atau memudaratkan,” katanya.

Sehubungan itu, Mediha menegaskan penyedia platform digital perlu bertindak tegas bagi menyekat kandungan yang menggalakkan keganasan serta memastikan ketenteraman awam terpelihara.

Langkah tersebut, katanya termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan video atau mesej berunsur kebencian, memadam kandungan tersebut serta menyekat akaun yang menjadi punca penularan.

“Penyedia platform juga boleh memberi cadangan atau langkah keselamatan sama seperti apa yang mereka lakukan untuk kandungan berkenaan bunuh diri.

“Sebagai contoh, paparkan mesej ‘Anda mungkin sedang menonton kandungan berbahaya, dapatkan bantuan  atau semak fakta di sini’…ini boleh membantu pengguna buat pilihan lebih selamat, bukan hanya ikut emosi,” katanya.

*OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.