nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bukan 19%, tarif import Malaysia kini hanya 10%

4 MAC : Malaysia kini dikenakan tarif import oleh Amerika Syarikat (AS) sebanyak 10 peratus (%) susulan perkembangan terbaharu dari negara itu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan pengurangan tarif itu selepas keputusan Mahkamah Agong AS yang memutuskan tarif timbal balas Presidennya, Donald Trump sebagai tidak berperlembagaan.

“Buat masa ini, kita hanya dikenakan (tarif) 10%. Kalau masa kita tandatangan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dulu, kita kena 19% oleh kerana itu telah terbatal secara automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Penggulungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Negara, hari ini.

Menurut Johari, hanya Perintah Eksekutif untuk tarif global sebanyak 10 peratus ditandatangani Trump meski beliau mahu mengenakan tarif 15 peratus.

“Kerajaan sedang meneliti secara menyeluruh perkembangan perundangan dan dasar perdagangan terkini AS.

“Ini termasuk pengumuman Presiden Trump berhubung pelaksanaan tarif sementara sebanyak 10% di bawah Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 yang kemudiannya diumumkan akan dinaikkan kepada 15 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, Johari berkata bagi mengurangkan kesan pada industri tempatan, kerajaan mengambil beberapa langkah proaktif.

“Ini termasuk mempelbagaikan pasaran eksport melalui pemanfaatan 17 perjanjian perdagangan bebas yang sudah dikuatkuasakan iaitu 9 serantau dan 8 dua hala, yang melibatkan 24 negara rakan dagang.

“Ini selain meneruskan rundingan baharu termasuk bersama Kesatuan Eropah, ASEAN-Kanada dan Malaysia-Majlis Kerjasama Teluk (GCC),” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga mahu perdagangan serantau dengan negara ASEAN terus diperkukuh.

Pada masa sama menggalakkan agar menembusi pasaran baharu seperti Afrika dan Amerika Latin melalui inisiatif seperti Matrade Export Acceleration Mission (EAM).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.