nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dispora di Ashgabat duta tidak rasmi negara

19 JUN : Diaspora Malaysia di Ashgabat, Turkmenistan merupakan duta tidak rasmi yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh reputasi negara di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia yang menetap di luar negara turut berperanan menjadi sebahagian daripada nadi pembangunan bangsa.

“Alhamdulillah dapat meraikan diaspora Malaysia di Ashgabat. Meski jauh dari tanah air tercinta, semangat dan kehangatan keakraban mereka terasa seperti kita berkumpul di Kuala Lumpur.

“Mereka ini adalah duta tidak rasmi negara yang punyai nurani untuk mencipta reputasi dan imej negara, memperluas jaringan dan melonjak maruah negara ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas Majlis Makan Malaysia Diaspora Malaysia di Turkmenistan dengan Perdana Menteri, malam tadi.

Menurut Anwar, komitmen Kerajaan MADANI adalah untuk terus merapatkan hubungan dengan warga Malaysia di luar negara serta memastikan mereka sentiasa terhubung dengan tanah air.

“Saya ambil kesempatan untuk kongsi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus merapat serta menyemarak hubungan dengan warga Malaysia yang berada di luar negara dengan memastikan mereka sentiasa terhubung dengan tanah air, dihargai dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada nadi dan roh pembangunan bangsa,” katanya.

Anwar yang baru selesai menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia meneruskan lawatan rasminya ke Ashgabat, Turkmenistan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan lawatan rasmi ke Ashgabat bukan hanya tertumpu kepada aspek perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi, sebaliknya bagi memperluas persahabatan antara negara, memperkukuh persefahaman serta membuka ruang kerjasama baharu yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Anwar berharap siri pertemuan yang dijadualkan sepanjang lawatan rasmi ke Turkmenistan akan berlangsung dengan lancar dan membawa manfaat besar kepada negara serta rakyat keseluruhannya.

Dalam hantaran berasingan, Anwar menyifatkan kunjungannya ke Kazan, Rusia sudah mencapai matlamat yang digariskan.

“Alhamdulillah, kunjungan kali ini telah mencapai matlamat yang digariskan, khususnya dalam memperkukuh hubungan Malaysia dan Rusia serta memperluas ruang kerjasama strategik antara ASEAN dan Rusia dalam pelbagai bidang strategik.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Presiden Putin, Tatarstan serta semua pihak yang telah memberikan layanan yang cukup mesra kepada delegasi Malaysia.

“Terima kasih juga kepada pasukan kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, petugas keselamatan serta rakan-rakan media yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran setiap urusan sepanjang berada di Kazan,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.