6 JUL : Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tiada kaitan dengan usaha membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjara.
Menteri Besa Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pembubaran itu dibuat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.
Pengerusi BN Johor itu membidas naratif yang dimainkan Pakatan Harapan (PH) kononnya PRN itu diadakan semata-mata untuk membebaskan Najib.
“Tak ada kena-mengena dengan Datuk Seri Najib. Ini contoh hasutan nak dibuat kepada rakyat, nak bagi orang marah, nak bagi orang benci. Tapi bangsa Johor tak macam itu.
“Kita lebih cerdik daripada apa yang dia fikirkan. Bagi saya itulah cara mereka daripada dulu, menghasut dan menjanjikan bulan bintang.
“Itu strategi mereka daripada dulu dan inilah mentaliti pembangkang. Eloklah jadi pembangkang sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program ‘Kasi On’ Bersama Menteri Besar di Parit Guntong, hari ini.
Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pilihan raya di Johor itu sepatutnya tidak perlu diadakan.
Beliau yang juga Perdana Menteri mendakwa PRN itu diadakan semata-mata untuk kembali berkuasa demi membebaskan Najib.