nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Reformasi ekonomi tidak popular namun penting demi rakyat

18 OGOS : Kerajaan tidak menafikan reformasi ekonomi yang dilaksanakan mungkin tidak popular, namun langkah itu penting demi memastikan ekonomi negara lebih mampan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Menteri Ekonomi II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan, hari ini.

“Sering kali dasar yang diperkenalkan tidak popular, tetapi perlu dilaksanakan kerana manfaat jangka panjang yang lebih besar kepada negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Menurutnya, antara reformasi yang dilaksanakan termasuklah penyasaran subsidi elektrik sejak 2023, peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta pelaksanaan sistem e-Invois secara berfasa.

Menurut beliau, penyasaran subsidi elektrik yang dilaksanakan secara berperingkat tidak menjejaskan majoriti rakyat apabila 85 peratus pengguna domestik masih dilindungi.

Katanya, langkah itu turut menyokong kemampanan sektor tenaga, manakala peluasan skop SST memberi kesan positif terhadap konsolidasi hasil negara tanpa menjejaskan kuasa beli domestik.

“Pelaksanaan e-Invois secara berfasa kini menjadi tunjang kepada usaha meningkatkan ketelusan ekosistem perniagaan negara.

“Sistem itu bukan bertujuan membebankan, sebaliknya membantu mengecilkan saiz ekonomi bayangan, meningkatkan kecekapan taksiran serta mempercepatkan tadbir urus percukaian domestik,” katanya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.4 peratus pada suku pertama 2026 dan enam peratus pada suku kedua, menjadikan pertumbuhan keseluruhan 5.7 peratus bagi separuh pertama tahun ini.

Namun, Amir Hamzah menegaskan prestasi ekonomi negara tidak bermakna jika rakyatnya masih terbeban dengan kos sara hidup.

Beliau berkata kerajaan terus mengambil langkah meringankan beban rakyat meskipun inflasi bagi tujuh bulan pertama tahun ini meningkat kepada 1.8 peratus susulan kenaikan harga minyak mentah dunia akibat konflik Asia Barat.

Ini termasuk peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), memperluas Program Jualan Rahmah MADANI serta penyasaran subsidi melalui BUDI MADANI Diesel.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.