14 SEPT : Presiden Indonesia Prabowo Subianto merombak Kabinetnya buat kali keenam sejak mengambil alih pentadbiran negara itu pada 2024.
Rombakan terbaharu itu menyaksikan Suahasil Nazara dilantik sebagai Menteri Kewangan bagi menggantikan Purbaya Yudhi Sadewa.
Upacara itu berlangsung di Istana Negara, Jakarta, hari ini.
Prabowo sebelum ini melakukan rombakan pertama pada 19 Februari 2025 dengan pelantikan Brian Yuliarto sebagai Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi.
Rombakan kedua pada 8 September 2025 pula, Purbaya dilantik sebagai Menteri Kewangan menggantikan Sri Mulyani Indrawati.
Beberapa jawatan kosong diisi dalam rombakan ketiga pada 17 September 2025, termasuk Menteri Penyelaras Politik dan Keselamatan serta Menteri Belia dan Sukan.
Rombakan keempat pada 8 Oktober 2025 membabitkan pelantikan timbalan menteri dan pembantu khas Presiden, selain penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Percepatan Pembangunan Autonomi Khas Papua.
Enam jawatan pula berubah dalam rombakan kelima pada 27 April 2026, termasuk Menteri Alam Sekitar merangkap Ketua Badan Pengawalan Alam Sekitar, Ketua Staf Presiden dan Ketua Badan Komunikasi Kerajaan.