nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KM Melaka dekati keluarga kanak-kanak terlantar di Tanjung Bidara

18 SEPT : Nasib seorang kanak-kanak lelaki yang terlantar akibat komplikasi kerosakan otak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara mendapat perhatian Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Muhammad Aish Irfan Mohammad Hakeem, 3 disahkan menghidap Acute Necrotising Encephalopathy of Childhood (ANEC), iaitu penyakit saraf jarang ditemui yang berpunca daripada komplikasi jangkitan Influenza A sejak Mac tahun lalu sebelum disahkan Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal.

Menerusi kunjungan kebajikan tersebut, Ab Rauf meluangkan masa meninjau keadaan kesihatan kanak-kanak berkenaan di kediaman keluarganya selain menyempurnakan penyerahan Kad OKU bagi melancarkan urusan rawatan serta akses kemudahan sokongan berkaitan.

Ibu mangsa, Siti Nur Shafiqa Suraini, 32 berkata anak sulung daripada tiga beradik itu dilahirkan normal dan aktif sebelum diserang demam panas mendadak yang mengakibatkan kerosakan fungsi saraf dan otaknya.

“Awalnya dia seorang kanak-kanak normal, boleh bercakap dan berjalan seperti biasa. Namun sekarang nak duduk, berdiri mahupun berjalan pun tak boleh. Anak saya juga tidak boleh menelan, hanya boleh ambil makanan berbentuk cecair, menyebabkan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, hari ini.

Dalam pada itu, Siti Nur Shafiqa akui berdepan kekangan kewangan yang meruncing namun bersyukur dibantu pihak jawatankuasa penduduk setempat bagi memohon skim sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Perbelanjaan bagi pesakit terlantar jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak biasa, terutamanya bagi penyediaan peralatan sokongan khas.

“Bantuan bulanan JKM sebanyak RM500 berserta bekalan susu khas yang diterima sejak tahun lalu amat membantu meringankan beban kewangan keluarga, walaupun kos keseluruhan masih belum mencukupi,” katanya.

Tambahnya, anaknya memerlukan sesi rehabilitasi berterusan, namun tempoh menunggu giliran temu janji di hospital kerajaan menuntut keluarganya mendapatkan rawatan fisioterapi di fasiliti swasta dengan kos mencecah RM165 bagi setiap sesi satu jam.

Tidak lupa pihak membantunya, Shafiqa merakamkan penghargaan terhadap semua pihak terutama pihak Ab Rauf dan agensi kerajaan yang terlibat.

Sementara itu, Ab Rauf berkata program turun padang menerusi WRUR merupakan komitmen berterusan kerajaan negeri bagi meneliti denyut nadi masyarakat di peringkat akar umbi, di samping memastikan golongan rentan dan pesakit terlantar menerima bantuan sewajarnya tanpa halangan birokrasi.

OLEH: DANISH AIMAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.