nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-China setuju ECRL sambung ke Rantau Panjang

25 SEPT : Rantau Panjang berpotensi muncul sebagai pintu baharu Kelantan ke pasaran Thailand menerusi cadangan menyambung Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke kawasan sempadan itu.

Malaysia dan China bersetuju dengan cadangan berkenaan yang dijangka memberi nafas baharu kepada pembangunan ekonomi di kawasan pedalaman Kelantan, selain memperkukuh hubungan pengangkutan rentas sempadan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sambungan berkenaan mampu merancakkan ekonomi kawasan pedalaman Kelantan yang sebelum ini kurang mendapat limpahan pembangunan.

“Perbincangan lanjut mengenai cadangan ECRL akan diadakan bersama semua pihak berkepentingan sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja ke China pada Khamis.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata cadangan itu turut menerima maklum balas positif daripada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul.

Jika direalisasikan, Rantau Panjang berpotensi muncul sebagai salah satu pintu hubungan ekonomi dan perdagangan yang lebih tersusun antara Malaysia dengan Thailand melalui jaringan rel.

Ia juga boleh memperluas fungsi ECRL sebagai rangkaian pengangkutan darat yang bukan hanya menghubungkan kawasan Pantai Timur dengan Pantai Barat, malah mempunyai potensi hubungan rentas sempadan.

ECRL ialah projek pengangkutan darat rentas wilayah sepanjang 665 kilometer yang menghubungkan Pantai Timur Semenanjung dengan Pantai Barat.

Laluan itu bermula dari Kota Bharu dan berakhir di Pelabuhan Klang, membabitkan 20 stesen yang terdiri daripada 10 stesen penumpang serta 10 stesen yang menggabungkan perkhidmatan penumpang dan kargo.

Anwar berkata perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri China, Li Qiang, turut penting kerana merangkumi isu strategik membabitkan kedua-dua negara serta rantau ASEAN.

Katanya, Malaysia turut mendapatkan maklumat mengenai agenda utama pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan Presiden China, Xi Jinping, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Washington DC.

Mengulas isu sekatan tarif dan tekanan perdagangan oleh AS, Anwar menegaskan Malaysia kekal dengan pendirian neutral serta memilih meneruskan ruang dialog secara terus dengan Washington.

Katanya, China memahami pendirian Malaysia berhubung perkara berkenaan.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.