nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia perlu perkukuh grid hadapi lonjakan permintaan elektrik

4 NOV : Permintaan puncak elektrik di Semenanjung Malaysia dijangka meningkat kepada 33.5 gigawatt (GW) menjelang 2035 berbanding 21.3 GW tahun ini, susulan perkembangan pesat industri berteknologi tinggi termasuk pusat data, kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan semikonduktor.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peningkatan ketara itu memerlukan perancangan rapi serta pembangunan infrastruktur bekalan elektrik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara tidak terjejas akibat kekangan kapasiti.

“Unjuran kerajaan menunjukkan permintaan puncak elektrik di Semenanjung Malaysia boleh meningkat daripada 21.3 GW pada 2026 kepada 33.5 GW menjelang 2035.

“Ini merupakan peningkatan besar dalam tempoh kurang daripada sedekad. Ia memerlukan keputusan tepat pada masanya, perancangan terselaras dan keupayaan menyediakan infrastruktur sebelum kekangan mula membataskan pertumbuhan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Kuasa Turbin Gas CGN Energy International Holdings Co Ltd (CGNEI) 2026 di Telok Gong, hari ini

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Yusof Abu Bakar dan Pengerusi CGN Energy International Holdings Co. Limited Zhang Chaoqun 

Menurut Fadillah, perkembangan pusat data, AI dan industri semikonduktor bukan sahaja membuka peluang ekonomi, malah meningkatkan keperluan terhadap bekalan elektrik yang stabil dan boleh dipercayai.

Beliau berkata, perkembangan pusat data di Melaka menerusi kerjasama yang sedang diteroka antara Perbadanan Melaka (MCORP) dan Edra Power Holdings Sdn Bhd (Edra) menunjukkan kepentingan menyelaraskan pelaburan digital dengan ketersediaan bekalan elektrik, kapasiti grid, air serta kemudahan utiliti lain.

“Pelaburan ini boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperkukuh perusahaan tempatan dan meningkatkan keupayaan teknologi kita. Namun, ia juga memberikan tekanan lebih besar terhadap sistem bekalan elektrik dan infrastruktur sokongan.

“Matlamat kita perlu disokong persediaan menyeluruh serta penggunaan sumber secara bertanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan memberi penekanan kepada pengukuhan kapasiti dan daya tahan grid nasional bagi memastikan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan selamat serta cekap ke kawasan yang memerlukan.

Katanya, teknologi turbin gas terus memainkan peranan penting dalam sistem penjanaan elektrik negara kerana keupayaannya menyediakan bekalan yang stabil dan fleksibel, khususnya ketika penggunaan tenaga boleh baharu seperti solar semakin meningkat.

“Apabila campuran sumber tenaga kita berubah, keupayaan ini akan terus penting dalam menguruskan peralihan tenaga secara bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, bekalan elektrik yang boleh dipercayai memerlukan lebih daripada sekadar peralatan yang berfungsi dengan baik. Ia turut memerlukan bekalan bahan api yang terjamin, penyelenggaraan berkesan, rantaian bekalan berdaya tahan serta tenaga kerja berkemahiran,” katanya.

Fadillah berkata, ketegangan geopolitik, turun naik harga bahan api, gangguan rantaian bekalan dan risiko berkaitan perubahan iklim turut menjadi cabaran yang perlu ditangani bagi memastikan keselamatan bekalan serta kemampuan pengguna terus terpelihara.

Selain pembangunan infrastruktur, beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh kepakaran tempatan menerusi latihan khusus, pemindahan teknologi dan perkongsian pengetahuan antara pemain industri.

Katanya, Pusat Latihan Kemahiran Turbin Gas CGNEI di Melaka mampu membantu meningkatkan kepakaran jurutera, juruteknik dan tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan sektor tenaga yang semakin berkembang.

Beliau turut menggalakkan pemain industri memperluas penyertaan syarikat tempatan dalam pembangunan pembekal, peluang kejuruteraan dan pemindahan teknologi bagi memastikan pelaburan asing turut memberi manfaat jangka panjang kepada negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.