nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Turkiye setuju terima 10,000 Rohingya berkemahiran TVET

KENYATAAN MEDIA

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI

Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan susulan hasil lawatan kerja rasmi saya ke Republik Türkiye baru-baru ini, berhubung inisiatif penempatan 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia ke Türkiye melalui satu program latihan kemahiran berstruktur.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing (JKKPA) saya telah mengemukakan pendekatan penyelesaian ini sebagai sebahagian daripada usaha strategik Kerajaan dalam menangani isu keberadaan pelarian Rohingya di Malaysia secara lebih tersusun, berkesan dan berperikemanusiaan.

Persetujuan Kerajaan Türkiye untuk menerima 10,000 pelarian Rohingya ini merupakan satu perkembangan yang amat positif dalam usaha Kerajaan Malaysia mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian Rohingya yang sekian lama menjadi antara cabaran pengurusan migrasi dan keselamatan negara.

Pendekatan ini bukan sekadar menghantar pelarian Rohingya ke negara ketiga, sebaliknya memberi mereka peluang membina kehidupan baharu melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selama tiga hingga enam bulan, dengan bidang kemahiran yang diselaraskan mengikut keperluan sebenar pelbagai sektor industri di Türkiye.

Melalui pendekatan ini, pelarian Rohingya yang terlibat akan dibekalkan dengan kemahiran praktikal dan kompetensi pekerjaan yang relevan, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka serta membuka peluang untuk menyertai pasaran pekerjaan dan menyumbang secara produktif kepada ekonomi negara penerima, tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa di Türkiye.

Inisiatif ini juga selari dengan semangat penyelesaian jangka panjang oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), khususnya melalui pendekatan penempatan semula di negara ketiga yang mengambil kira aspek keselamatan, perlindungan, maruah dan masa depan golongan pelarian.

Penyelesaian isu pelarian tidak seharusnya hanya dilihat daripada perspektif penguatkuasaan dan penghantaran keluar semata-mata, tetapi juga mesti mengambil kira dimensi kemanusiaan. Mereka bukan sekadar dipindahkan dari sebuah negara ke negara lain, sebaliknya diberikan ilmu, kemahiran dan peluang untuk membina masa depan yang lebih terjamin.

Dalam masa yang sama, keputusan ini membuktikan kesungguhan Kerajaan untuk mencari penyelesaian konkrit terhadap isu pelarian Rohingya. Pendekatan kerjasama strategik dengan negara ketiga seperti Türkiye mampu menjadi model baharu pengurusan pelarian yang lebih sistematik, mampan dan bermaruah.

Kerajaan akan menyelaraskan pelaksanaan inisiatif ini bersama pihak berkuasa Türkiye, UNHCR serta agensi berkaitan bagi memastikan proses pemilihan, latihan, dokumentasi dan penempatan dilaksanakan secara teratur, dengan mengambil kira keperluan industri, persetujuan individu yang terlibat serta peraturan antarabangsa yang berkaitan.

Usaha ini mencerminkan kepentingan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan Türkiye dalam menterjemahkan kerjasama dua hala kepada penyelesaian praktikal terhadap isu kemanusiaan yang turut memberi kesan kepada kepentingan negara.

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI

TIMBALAN PERDANA MENTERI
MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH
PENGERUSI JAWATANKUASA KABINET MENGENAI PEKERJA ASING (JKKPA)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.