nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cukuplah bagi peluang pada Warisan – Andi Suryady

19 SEPT: Kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) didakwa menyekat peruntukan pemasangan lampu jalan di Kampung Takala, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu di atas sebab tertentu.

Berikutan itu, calon Barisan Nasional (BN), Andi Muhammad Suryady Bandy, berkata beliau akan menjadikan masalah berkenaan sebagai salah satu agenda utama untuk diatasi sekiranya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

“Saya dimaklumkan bahawa peruntukan memasang lampu jalan di sekitar kampung ini sudah diluluskan tetapi telah ditahan oleh kerajaan Warisan kerana mereka tidak peduli masalah rakyat.

“Jadi jika saya dipilih, saya akan menjadikan masalah lampu ini sebagai salah satu agenda utama bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penduduk di kawasan ini,” katanya ketika berucap di ceramah umum di Kampung Takala di DUN Tanjung Batu, Tawau, sebentar tadi.

Terdahulu, Andi menggesa seluruh pengundi di DUN Tanjung Batu supaya memilih beliau sebagai ADUN berkenaan kerana tidak mahu rakyat di kawasan itu ditipu sekali lagi oleh kerajaan negeri Warisan.

Andi mendakwa, sebelum pilihan raya umum ke-14, Warisan yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat pelbagai janji, namun sehingga kini tiada satu pun ditunaikan.

Malah, Andi mendakwa kerajaan Warisan turut berjanji untuk memberikan bantuan kewangan sebanyak RM300 kepada rakyat Sabah terutama golongan B40 yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19 termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan, namun sehingga kini tidak ramai yang mendapat manfaat daripada pengumuman berkenaan.

Dalam pada itu, pada program ceramahnya malam tadi, Andi menerima kejutan apabila bekas ADUN Tanjung Batu dari BN iaitu Datuk Hamisa Samat hadir memberikan sokongan dalam siri kempennya.

Umpama ibu dan anak, Hamisa bertanyakan khabar kepada calon muda UMNO itu yang bakal berdepan saingan enam penjuru dalam PRN kali ini.

Beliau kelihatan menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat bagi menyambut ketibaan mantan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan itu pada Majlis Ramah Mesra Bersama Calon Tanjung Batu.

Hamisa yang menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal turun padang bagi membantu Andi sebagai calon muda yang dilihat cukup bersemangat dan punya iltizam serta visi baharu untuk panduduk DUN Tanjung Batu.

Hamisa pada PRU-14 lalu menang atas tiket BN dengan majoriti 7,630 undi sebelum meninggalkan parti dan menyertai Warisan yang membentuk kerajaan ketika itu, kemudian menjadi Bebas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.