nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bukan setakat pulih, FELDA mesti berdaya saing

14 DIS: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedang dan akan mengambil pelbagai langkah berkesan bagi memastikan FELDA bukan hanya mampu pulih dari kerugian dan berdaya saing seperti syarikat perladangan lain, pada 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagi memastikan FELDA mencapai kemampanan kewangan dan kelestarian, Jemaah Menteri pada 14 Oktober 2020 telah meluluskan pelan pemulihan FELDA.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Bersatu Jeli berkata antara syor yang diluluskan adalah penerbitan sukuk yang dijamin oleh Kerajaan berjumlah RM9.9 bilion termasuk RM6.0 bilion daripadanya akan digunakan bagi mengurangkan beban hutang FELDA.

mustapa mohamed
MUSTAPA MOHAMED

Menurut beliau, bakinya akan digunakan untuk meningkatkan pendapatan teras iaitu melalui pengambilalihan pegangan saham FGV Holdings Bhd serta melaksanakan penamatan Perjanjian Pajakan Tanah.

“Pemulihan FELDA tidak lengkap dengan tindakan kerajaan semata-mata. Oleh itu, pihak pengurusan FELDA telah diarahkan untuk memantapkan lagi pengurusannya.

“Pengurusan FELDA telah merangka model baharu FELDA yang berteraskan kepada penambahbaikan tadbir urus, operasi ladang yang lebih cekap, warga peneroka, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penggunaan teknologi bagi memastikan FELDA berada di tahap yang lebih mandiri dan lestari.

“Bagi memastikan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan dicapai, Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dan Keberkesanan Pelan Pemulihan FELDA telah ditubuhkan. Kita perlu melihat ke hadapan,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen BN Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang meminta Perdana Menteri, menyatakan pelan perancangan kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan juga hutang korporat FELDA.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata jawatankuasa berkenaan dipengerusikan bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Abdul Wahid Omar, akan memantau pelaksanaan langkah-langkah ini dengan rapi agar ia dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lancar.

“Langkah-langkah pemulihan tersebut dijangka membawa hasil positif ke atas FELDA pada tahun 2023. Ini akan dapat memastikan FELDA mencapai kejayaan seperti mana syarikat-syarikat perladangan utama yang lain.

“Kita berharap segala usaha yang sedang dan akan dilakukan dapat memastikan FELDA berada di landasan yang lebih teguh bagi melunaskan tanggungjawabnya sebagai agensi yang membela nasib lebih daripada 100 ribu keluarga peneroka tanpa kebergantungan kepada kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Mustapa mendedahkan FELDA mula mengalami kerugian pada 2013 selepas penyenaraian FGV ke Bursa Malaysia pada tahun 2012 dan kehilangan sumber pendapatan yang penting serta harga kelapa sawit yang kurang memberangsangkan.

Beliau berkata keadaan itu diburukkan lagi dengan hutang peneroka yang tinggi dan kadar kutipan hutang yang tidak memberangsangkan.

“Bagi memastikan operasi harian dan komitmen perkhidmatan kepada warga peneroka berjalan dengan lancar, FELDA terpaksa membuat pinjaman dan kini menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion.

“Bagaimanapun, pada September tahun ini, FELDA telah memaklumkan Kerajaan bahawa ia tidak mampu membayar balik beberapa hutangnya dan mempunyai masalah kecairan sebanyak RM1.3 bilion.

“Justeru, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama 2 tahun kepada FELDA untuk salah satu daripada hutangnya dan sebuah institusi yang lain memberi moratorium selama enam bulan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.