nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengaruh Musa mampu ubah landskap politik Sabah

9 JUN: Pembebasan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah bakal mengubah landskap politik di negeri berkenaan.

Penganalisis politik, Dr. Firdausi Suffian berkata, walaupun Musa adalah satu-satunya wakil rakyat dari UMNO, beliau mempunyai pengaruh dan aura tersendiri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dengan kebanyakan penyokongnya berada dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pensyarah Kanan, Politik, Ekonomi dan Penganalisis Dasar di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Sabah itu menjelaskan, perkembangan terbaharu melibatkan Musa itu memang memberi ‘kejutan’ terhadap situasi politik di Sabah.

Dr Firdausi Suffian

“Biarpun pada awalnya kerajaan negeri menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, politik Sabah sentiasa berubah mengikut keperluan semasa.

“Ini kerana Sabah amat bergantung kepada kerajaan Persekutuan dari pelbagai aspek terutama kewangan dan sokongan politik untuk terus kekal berkuasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Firdausi berkata, politik Sabah juga amat dinamik, menarik dan sentiasa dikaitkan dengan isu lompat parti atau ‘katak politik’ sehingga sentiasa ada khabar angin mengatakan mungkin berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut beliau, walaupun kerajaan negeri dipimpin Parti Warisan Sabah dianggap stabil dengan memiliki lebih 30 kerusi DUN, dalam situasi politik apa sahaja boleh berlaku.

“Pada zahirnya kerajaan negeri nampak stabil, namun lompat parti di Sabah ini bukan perkara baharu kerana ia sentiasa berlaku sejak 1970-an lagi. Ramai pemimpin parti di Sabah yang sentiasa lompat untuk mencari peluang terbaik.

“Malah, pertukaran pucuk pimpinan dan kerajaan negeri baharu dua tahun lalu pun mempunyai kaitan dengan kes ada ADUN yang lompat parti atau amalkan politik katak.

“Jika ada seorang atau dua ADUN lompat parti maka mereka yang lain mula goyang dan membuat kira-kira blok mana yang lebih menguntungkan mereka,” katanya.

Firdausi berkata, pada hakikatnya kerajaan negeri sekarang berada dalam blok pembangkang, namun mereka tetap perlu mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan dana untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan pengurusan.

“Walau bagaimanapun, terdapat dua insiden di mana Sabah menjadi negeri pembangkang iaitu semasa era PBS dan Warisan sekarang.

“Sabah kena ada hubungan baik dengan Persekutuan. Sebab itulah bila berlaku pertukaran kerajaan Persekutuan daripada Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional (PN) sekarang Ketua Menteri terpaksa mengubah dimensi hubungan kerajaan negeri dan pusat,” ujarnya.

Beliau memberitahu, situasi semasa mungkin menyebabkan Sabah kembali menjadi pembangkang untuk kali kedua selepas 1985, selama sembilan tahun menjadi negeri pembangkang keadaan rakyat Sabah amat memeritkan dengan tiada program pembangunan dan sumber kewangan terhad.

“Berbeza dengan Kelantan yang jatuh ketangan PAS diketuai Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat atau Tok Guru, di mana rakyatnya tidakmementingkan politik pembangunan seperti di Sabah,” katanya.

Berikutan itu beliau berkata, kerajaan negeri Sabahag pimpinan Warisan yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu mencari jalan bagi mengekalkan kelangsungan dan kestabilan mereka. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.