nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kabinet akan bincang isu pegawai kesihatan kontrak ke jawatan tetap

13 JULAI: Keputusan sama ada pegawai kesihatan kontrak akan diserapkan ke jawatan tetap sektor awam atau tidak bakal diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet akan datang.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan muktamad akan dibuat selepas kerajaan memperincikan pelbagai perkara dalam masa terdekat.

Jelas Muhyiddin, antara faktor yang perlu diperhalusi ialah soal kos serta kekangan kewangan yang dihadapi Kerajaan untuk menyerap semua doktor kontrak yang terlibat.

“Ada rayuan oleh doktor kontrak, saya cuma nak sebut, kertas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri. Mereka minta supaya jawatan (kontrak) mereka ditukar kepada jawatan tetap.

“Saya dah minta supaya dibawa ke Jemaah Menteri, bincang apa keputusan munasabah, (kerana) kehendak itu menyebabkan kos tinggi, memerlukan RM2 bilion, ada batasan sedikit. Tetapi kita tengok macam mana keadaan itu kita dapat diatasi,” katanya kepada media selepas selesai membuat lawatan mengejut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor hari ini.

MMA sebelum ini menggesa kerajaan menyediakan penyelesaian jangka panjang berhubung isu pegawai kontrak

Sebelum ini media melaporkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan sedia mematuhi segala keputusan kerajaan berhubung isu pegawai kesihatan kontrak, yang dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Pengerusi Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (SCHOMOS) Dr Vijay Ganasan berkata, persatuan itu telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan minggu lepas dan dimaklumkan bahawa isu itu akan dibincangkan semasa mesyuarat Kabinet nanti.

Beliau berkata, pihaknya juga menggesa kerajaan menampilkan satu penyelesaian jangka panjang semasa di persidangan Parlimen nanti.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, usaha berterusan akan dibuat untuk menambahkan bilangan pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan dan lain-lain, khususnya di Lembah Klang.

“Dalam hubungan ini, KKM akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kadar segera.
Mobilisasi kakitangan sama ada petugas kesihatan dan bukan kesihatan akan dibuat dari negeri tertentu ke Lembah Klang dengan kadar segera. Saya meminta KKM untuk menguruskan perkara ini dengan segera,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.