nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekalan Terhad Punca Harga Ayam Meningkat

25 JUN: Kenaikan harga ayam selepas Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) berakhir adalah dipengaruhi akibat bekalan terhad selepas permintaan menguncup dan terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih dua bulan lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexender Nanta Linggi berkata, selain itu berdasarkan kajian Bahagian Harga Barang Negara, KPDNHEP dan data harga ayam yang dikumpul selama 10 tahun serta pemantauan Bahagian Penguat Kuasa kementerian itu mendapati harga ayam ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.

Beliau berkata, pihaknya yakin ia merupakan fenomena ‘cyclicle’ bekalan yang bersifat sementara di mana bekalan dijangka akan pulih dalam sedikit masa lagi.

“Kementerian akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan dibawah kuasa dan peruntukan akta yang diberikan jika perlu.

“Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ingin menasihatkan semua pemain industri, pemborong dan peniaga agar bersikap adil dan tidak mengambil kesempatan di dalam situasi sekarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan penggguna tentang harga ayam yang naik di pasaran selepas musim perayaan Aidilfitri.

Alexander menambah, kelonggaran yang diberi membolehkan semua sektor ekonomi beroperasi sepenuhnya setelah terhenti seketika, tidak dijadikan peluang untuk mengaut keuntungan secara tidak munasabah.

Dalam pada itu beliau memberitahu, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan lima syarikat penternak ayam baru-baru ini untuk mendapatkan pandangan dan input di lapangan sehingga mempengaruhi harga ayam di pasaran.

“Kita telah mengeluarkan Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti
Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada semua penternak bagi mendapatkan
maklumat dalam mengesan rantaian bekalan sebelum tiba kepada peniaga dan pengguna.

“Kementerian juga sentiasa mendapatkan data terkini di mana saya, timbalan saya dan pegawai tinggi Kementerian sendiri turun padang mendapatkan input daripada peniaga dan pengguna yang kami temui di pasar awam dan pasar raya,” jelasnya.

Beliau memberitahu, lebih 1,000 pemantau harga digerakkan yang mengumpul harga barangan asas termasuk ayam setiap hari di seluruh negara di mana daftar harga tersebut boleh diperoleh dari aplikasi Price Catcher.

“Di samping itu, 2,300 pegawai penguat kuasa juga memantau dan memeriksa premis perniagaan termasuk bekalan serta harga ayam di kedai runcit, pasar awam dan pasar raya dan bertindak terhadap aduan pengguna,” jelasnya.

Katanya, walau bagaimanapun pihaknya terus menggerakkan pegawai-pegawai penguat kuasanya di seluruh negara untuk memantau harga ayam di pasaran tempatan bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan kenaikan tersebut. – MOHD. FAIRUZ YUSOF

Get real time updates directly on you device, subscribe now.