nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Selangor Tidak Berkompromi Dengan Pelaku Rasuah

25 JULAI: Kerajaan Negeri Selangor mengulangi tekad tidak sama sekali akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kesalahan rasuah serta penyelewengan kuasa.

Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari berkata, beliau sedia maklum mengenai penahanan beberapa pegawai perkhidmatan awam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkenaan isu rasuah.

“Seperti yang pernah saya umumkan sewaktu Majlis Mahabbah Ramadhan pada 23 April lalu, Kerajaan Negeri serius dan tegas dalam melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. 

“Malah, Kerajaan Negeri Selangor juga sedang mengikuti dengan dekat beberapa jabatan yang berkenaan serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang didapati bersalah,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook miliknya, hari ini. 

AMIRUDIN

Sementara itu, Amirudin memaklumkan, sepanjang siasatan dijalankan oleh SPRM atau pihak berkuasa, tiada sesiapa dianggap bersalah sehingga terbukti bersalah selaras dengan prinsip ‘Rule of Law’.

“Justeru, Kerajaan Negeri menghormati proses yang sedang berjalan dan kekal menjunjung prinsip ketelusan,” katanya. 

Semalam, PNBBC Portal melaporkan SPRM berjaya membongkar sebuah kartel menggunakan 70 syarikat untuk membolot projek pembangunan bernilai puluhan juta ringgit susulan penahanan dua bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran dan kontraktor, kelmarin.

Berikutan itu SPRM menahan seorang Pegawai Daerah (DO) dari negeri Selangor bersama seorang juruukur bahan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Menurut Sumber, kedua-dua suspek terlibat telah direman selama lima hari bermula hari ini selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua individu terlibat telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 9 dan 10 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Selain itu, PNBBC Portal turut difahamkan, terdapat kira-kira 70 syarikat yang digunakan untuk membolot projek -projek tersebut termasuk kira-kira 16 syarikat milik keluarga mereka dan selebihnya merupakan kroni atau proksi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.