nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Larangan Transgender Masuk Masjid Diperhalusi

24 SEPT: Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan terhadap golongan ‘mukhannath’ atau ‘transgender’ daripada memasuki masjid di Wilayah Persekutuan, sebagaimana yang telah dilaksanakan di Perlis.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan pihak berkuasa agama di Perlis yang mengenakan larangan tersebut adalah wajar bagi menjaga kesucian masjid dan menghindari kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Saya bercakap dalam konteks Wilayah Persekutuan kerana itu dalam bidang kuasa kita. Negeri-negeri lain terpulang kepada pihak berkuasa agama masing-masing. Soal kita hendak galakkan negeri-negeri ikut apa yang dilakukan di Perlis, kita kena tengok kepada keseriusan kes yang berlaku di negeri-negeri. 

“Bagi saya apa yang dilakukan oleh Perlis itu adalah satu tindakan yang boleh dicontohi kerana kalau golongan ini masuk ke dalam masjid mereka lelaki, kadang-kadang mereka pakai tudung jadi itu sangat tidak sesuai. 

“Kalau orang lelaki masuk ke sebelah Muslimat, jadi itu sudah mengganggu privasi kumpulan wanita. Tetapi kalau mereka hadir (ke masjid) untuk bertaubat itu tidak apalah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Inspirasi Qaseh Kami: Food Bank YaPEIM 3.0 di Kemaman bertempat di pekarangan Stesen Teksi di Kemaman, Terengganu, hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad Marzuk memaklumkan, bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat atau laporan berkaitan ‘pencerobohan’ golongan transgender di masjid dan pihaknya percaya tindakan larangan yang dilakukan di Perlis itu adalah sebagai satu langkah pencegahan.

Dilapor baru-baru ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataan yang dimuatkan dalam Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis menyatakan golongan ‘mukhannath’ atau lebih dikenali dengan panggilan ‘mak nyah’ atau transgender diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadah di masjid.

Mohd Asri berkata, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-53/2021 pada 23 dan 24 Jun lepas, golongan ini sengaja menyerupai jantina berbeza dan termasuk dalam golongan fasik. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.