nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebuh Raya Timur Barat sentiasa diselenggara

18 OGOS: Kementerian Kerja Raya memperuntukkan sebanyak RM955,000 setahun atau RM 79,583.00 sebulan bagi menjalankan penyelenggaraan rutin di Lebuhraya Timur Barat di dalam Jajahan Jeli, Kelantan iaitu sepanjang 46.50 kilometer (km).

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kementeriannya juga memperuntukkan sejumlah RM 4.5 juta bagi penyenggaraan berkala yang merangkumi kerja berkala pavemen dan berkala bukan pavemen bagi tahun 2018 hingga 2020.

FADILLAH YUSOF

“Pada tahun 2018, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM1.56 juta, di mana agihan peruntukan sebanyak RM900 ribu bagi penyenggaraan di bawah program BP (kerja-kerja turapan semula permukaan jalan termasuk mengecat semula jalan yang telah diturap) dan juga peruntukan sebanyak RM655 ribu bagi program penyenggaraan BBP (kerja penggantian perabot jalan, dan lain-lain kerja berkaitan).

“Pada tahun 2019 pula, kementerian ini juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.204 juta, di mana agihan peruntukan sebanyak RM500 ribu bagi program penyenggaraan BP (kerja-kerja turapan semula permukaan jalan dan mengecat semula jalan yang telah diturap), dan sebanyak RM704 ribu bagi program penyenggaraan BBP (kerja-kerja penggantian longkang) dan juga Program Rawatan Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan (Blackspot).

“Bagi tahun ini sehingga bulan Julai 2020, Kementerian Kerja Raya telah memperuntukkan sebanyak RM1.76 juta, yang mana agihan peruntukan adalah sebanyak RM1.7 juta untuk kerja di bawah program BP (kerja-kerja turapan semula permukaan jalan dan mengecat semula jalan yang telah diturap) dan peruntukan sebanyak RM60 ribu bagi kerja-kerja di bawah program penyenggaraan BBP (penggantian perabot jalan),” katanya ketika menjawab soalan di sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Parlimen sebentar tadi .

Fadillah yang juga Ahli Parlimen GPS Petra Jaya berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah kerajaan akan menaik taraf jalan perhubungan Jeli – Gerik melalui banjaran Titiwangsa yang sudah tidak diselenggarakan begitu lama dan mengalami kerosakan yang sangat teruk di samping garisan putih yang sudah hampir pudar dan tidak kelihatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadillah berkata kementerian melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan tahap keadaan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan perlaksanaan kerja-kerja penyenggaraan rutin sepanjang tahun dan pelaksanaan kerja penyenggaraan secara berkala adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan dari Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu Fadillah berkata pembinaan laluan khas untuk haiwan liar melintas khususnya di kawasan lebuhraya memerlukan kajian mendalam bagi memastikan keberkesanan kemudahan itu.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata pihaknya perlu mengenalpasti tabiat sesuatu haiwan misalnya gajah yang mempunyai ‘laluan’ tersendiri.

Beliau berkata lebuhraya yang terletak di kawasan gunung juga menyukarkan pembinaan laluan khas seperti jejantas khusus untuk haiwan liar di samping memerlukan kos tinggi.

“Kawasan bergunung-ganang agak mencabar. Apa yang kita laksanakan sekarang ini dengan memberi tanda-tanda ingatan ataupun tanda amaran di tempat biasanya menjadi laluan haiwan liar di kawasan terbabit. Itu memang kita berikan.

“Kalau nak buat jambatan, satu kosnya dan kita juga tahu bahawa kalau dari segi haiwan liar ini gajah misalnya haiwan itu memang sentiasa melalui kawasan kawasan yang sama.

“Sama ada haiwan itu nak ikut jambatan atau tidak, itu menjadi cabaran kepada kita. Itu sebabnya kita perlu bekerjasama dengan Jabatan Perhilitan untk membuat kajian seperti mana kita buat di (Lebuhraya) Central Spine Road memang ada disediakan laluan di bawah laluan seperti jejambat,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PH Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sama ada kerajaan bercadang membina jejantas khas untuk haiwan liar di lebuhraya bagi mengelak kemalangan atau bahaya kepada pengguna jalan raya seperti insiden gajah mengamuk yang berlaku di Lebuhraya Timur Barat dekat Gerik, Kelantan.

Sementara itu, Fadillah berkata bagi memastikan cabaran pembinaan laluan khas haiwan liar di lebuhraya dapat diatasi kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

“Bagaimanapun, secara peribadi beliau mengakui bahawa sukar untuk membina laluan khas untuk haiwan liar di lebuhraya terutama di kawasan yang memiliki bentuk bumi yang cerun dan tanah tinggi.

“Mungkin kita boleh kaji bersama dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk mengkaji bagaimana ianya boleh dilaksanakan. Tetapi pendapat peribadi saya ianya agak mencabar pada masa ini,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.