nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Siasatan pihak berkuasa bukan balas dendam politik

11 JULAI: Siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) tidak seharusnya dilihat sebagai balas dendam politik.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata, tindakan itu bertujuan mengembalikan semula hak negara dan rakyat serta kedaulatan undang-undang.

Menurut beliau, dasar akauntabiliti, ketelusan, integriti serta kedaulatan undang-undang hanya sebutan pemanis mulut, sebaliknya mandat rakyat yang dimegah-megahkan itu seolah-olah dikhianati.

“Sudahlah sebahagian besar manifesto PH dimungkiri, banyak peruntukan untuk rakyat terutamanya golongan yang perlu dibantu telah dimansuhkan atau dikurangkan.

“Teriakan hutang negara yang kononnya mencecah RM1 trilion, ‘diselesaikan’ PH dengan meningkatkan lagi jumlahnya menerusi pertambahan hutang baharu melebihi RM100 bilion,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan Harakahdaily, hari ini.

Lebih mengejutkan, Kamaruzaman memberitahu, setakat Disember 2019, lebih RM40 bilion aset negara dijual sehingga menyebabkan pelabur asing hilang keyakinan manakala hasil negara dijana Petronas pula semudahnya diambil hampir ratusan bilion.

Beliau menambah, perkara itu bukan semata-mata kelemahan tadbir urus tetapi pengkhianatan terhadap negara.

“Kecurigaan terhadap projek-projek mega di Pulau Pinang yang menjarah alam sekitar, penjualan aset-aset strategik negara kepada pihak tertentu termasuk melibatkan, rasuah pegawai menteri dan kecurangan penguasa kanan agensi kerajaan serta banyak lagi kes, benar-benar mengejutkan rakyat,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap prinsip yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan integriti dan bebas rasuah mesti didukung teguh semua pihak.

“Pihak penguat kuasa diingat supaya tidak takut dan gentar untuk bertindak ke atas sesiapa sahaja yang menyalahi undang-undang. Jangan ada sama sekali kes disapu bawah karpet,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.