nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isu buruh paksa, kerajaan panggil Top Glove

21 JULAI: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memanggil Top Glove Corporation Bhd serta Persatuan Pengilang-Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) untuk mendapatkan penjelasan berkenaan dakwaan syarikat itu menggunakan buruh paksa.

KSM dalam kenyataan media hari ini menegaskan, perjumpaan syarikat dan persatuan itu bersama Menteri Datuk Seri M. Saravanan itu membuktikan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam menangani isu buruh paksa dalam negara.

Menurutnya, kesan sekatan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat terhadap Top Glove sedikit sebanyak telah menjejaskan kredibiliti dan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Ia juga boleh mempengaruhi keyakinan pelaburan asing di negara ini susulan wujudnya tuduhan elemen buruh paksa. Elemen buruh paksa juga berkait rapat dengan kemudahan penginapan yang disediakan oleh majikan kepada pekerja khususnya pekerja asing.

“Ini mengambil kira penguatkuasaan sepenuhnya oleh JTKSM terhadap Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja atau Akta 446 (Pindaan) 2019 yang akan bermula sepenuhnya pada 1 September ini,” kata kementerian.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut memberitahu penguatkuasaan akta tersebut adalah selaras dengan piawaian antarabangsa yang digesa oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“KSM tidak mahu majikan tempatan di semua sektor pekerjaan termasuk industri getah mengambil tindakan yang bercanggah dengan Akta 446 yang mana majikan boleh disabitkan kelak dengan elemen buruh paksa.

“KSM turut mengarahkan majikan untuk melaksanakan Audit Kepatuhan Sosial Bebas (ISCA) bagi memastikan pematuhan terhadap Standard Perburuhan Negara dalam kalangan majikan dipatuhi secara tuntas,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, Top Glove pernah dikompaun oleh Kementerian Kesihatan dan diberi notis oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di atas kesalahan melanggar prosedur standard operasi PKPP pada 13 Julai lalu kerana tiada penjarakan sosial dalam ruang kerja dan penyediaan rumah yang sesak.

“Namun, tiada sebarang kesalahan melibatkan elemen buruh paksa dikesan ketika pemeriksaan tersebut,” katanya.

Top Glove dan dua anak syarikatnya iaitu Top Glove Sdn. Bhd dan Tg Medical Sdn. Bhd telah dikenakan tindakan sekatan oleh CBP AS mulai 15 Julai lalu kerana dikaitkan dengan elemen buruh paksa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.