nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Teliti balik darjah kebesaran diterima Tommy

8 OGOS: Anugerah dan darjah kebesaran yang diberikan kepada Tan Sri Tommy Thomas oleh kerajaan terdahulu wajar diteliti semula disebabkan banyak tindakan dan kenyataan bekas Peguam Negara itu telah membangkitkan kemarahan rakyat.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata gelaran itu adalah satu penghormatan dan tidak sepatutnya mencemari pengiktirafan itu dengan sesuatu memalukan dan kenyataan yang mengelirukan rakyat termasuk yang terbaru didedahkan di Dewan Rakyat kelmarin.

“Terdapat banyak rungutan di kalangan rakyat terhadap perlakuannya sewaktu beliau (Tommy) menjawat jawatan Peguam Negara atau yang kita ketahui selepas beliau meletakkan jawatan. Jika dikumpulkan memang banyak rungutan dan ketidakpuasan hati.

“Paling diingati oleh rakyat apabila Tommy memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan mengeluarkan kenyataan bahawa LTTE bukan lagi satu lagi kumpulan pengganas.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu yang menjadi Menteri Dalam Negeri bertegas peguam negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bidang kuasa KDN (Kementerian Dalam Negeri),” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman memberitahu amat wajar agar darjah kebesaran yang diterima oleh Tommy diteliti semula agar rungutan rakyat yang selama ini tidak berpuas hati terhadap tindakannya dapat didengari.

“Jadi, saya rasa pihak yang bertanggungjawab wajar buat kajian dengan teliti. Beliau yang merupakan seorang peguam negara sebelum ini seharusnya bertindak adil dalam memberi keputusan.

“Banyak sekali kenyataannya yang bukan sahaja membangkitkan kemarahan rakyat namun menimbulkan juga tidak puas hati di kalangan pemimpin dan wakil rakyat ketika beliau menjadi peguam negara,” katanya.

Tommy terus dipersoalkan ramai selepas pendedahan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat kelmarin berhubung suratnya di era Kerajaan Pakatan Harapan mengenai penyelesaian dengan bank Goldman Sachs. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.