nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pusat, negeri bekerjasama isu feri P. Pinang

27 OGOS: Kementerian Pengangkutan memberi jaminan akan mengambil berat segala pandangan dan input daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung penambahbaikan perkhidmatan feri yang masih menjadi pengangkutan utama rakyat negeri itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, malah pada petang ini pihaknya akan bertemu pimpinan kerajaan negeri membincangkan hal ini dan kementeriannya juga komited mencari jalan penyelesaian terbaik dalam isu berkenaan.

“Lagi pun Yang Berhormat Tanjong (Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri) orang baik. Senang kita nak berunding. Ini penting kerana hubungan baik kerajaan Pusat dan negeri amat diperlukan.

“Petang ini kita akan bincang sama ada kerajaan negeri masih berhasrat ambil alih dan kalau mahu, maka untuk jangka panjang kita kena pinda akta berkaitan perkhidmatan feri.

“Saya sekali lagi memberi jaminan, dalam soal kepentingan rakyat kita tidak ada masalah (memberi kerjasa erat) walau fahaman politik berbeza dan lagi pun hal ini memerlukan kerjasama negeri,” katanya pada sesi soal jawab lisan Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen PH Tanjong mahu Ka Siong memberi jaminan akan memberi maklumat pelan jangka panjang kementerian mengenai perkhidmatan feri kepada kerajaan negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam soalan tambahannya juga meminta Ka Siong memberi jaminan yang kerajaan negeri akan dilibat urus terlebih dahulu sebelum pengumuman lanjut dibuat.

Sementara itu, menjawab soalan asal Kon Yeow, beliau berkata, ketika ini, operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang hanya melibatkan feri Pulau Angsa daripada Pangkalan Raja Tun Uda ke Pangkalan Sultan Abdul Halim bagi perjalanan pergi dan balik, yang mana mula beroperasi pada jam 6 pagi dan tamat pada tengah malam.

Kata Ka Siong, dalam usaha mengatasi isu tersebut, pihak RapidFerry telah menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pejalan kaki yang mana sebanyak lima buah bas telah beroperasi bermula dari 5.20 pagi hingga 11 malam dan akan terus beroperasi sehingga feri kedua iaitu Pulau Undan dapat beroperasi semula esok.

“Kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut bersama dengan Ketua Menteri hari ini berkaitan isu ini dalam usaha untuk memastikan perkhidmatan feri Pulau Pinang tersebut terus beroperasi memandangkan perkhidmatan feri merupakan antara mode penting dalam rangkaian pengangkutan awam negeri Pulau Pinang.

“Kementerian akan sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan pengangkutan awam berada dalam tahap yang memuaskan dan sentiasa dipertingkatkan mutu perkhidmatannya dari semasa ke semasa,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.