nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penipuan SMS, 6 lagi direman

13 NOV: Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman enam lagi individu berhubung kes rasuah membabitkan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kelima-lima lelaki dan seorang wanita itu direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 15 November depan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan dua individu termasuk ketua pegawai teknologi sebuah syarikat ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan.

Individu berusia 39 dan 47 tahun itu ditahan bermula 2.30 petang semalam, selepas kedua-duanya memberi keterangan.

Kedua-dua individu itu sudah dikenakan perintah reman sehingga 16 November depan.

Pada Rabu lalu, seorang pegawai sebuah syarikat telekomunikasi direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah.

Lelaki berusia 49 tahun itu dipercayai menerima rasuah berjumlah RM300,000 secara berperingkat-peringkat melalui akaun peribadinya daripada sebuah syarikat, sebagai balasan bagi mendapatkan senarai nombor telefon pelanggan yang menggunakan pelan prabayar dari 2017 hingga sekarang.

Sebelum ini, media melaporkan tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk direman lima hari sehingga Sabtu ini kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi tujuan penipuan SMS.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga lelaki berumur antara 41 dan 48 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara pukul 9 malam hingga 11 malam, semalam selepas hadir untuk memberi keterangan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga SPRM, tiba pada pukul 10.45 pagi di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas SPRM membuat permohonan itu.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga lelaki itu merupakan pengarah bagi tiga syarikat berlainan disyaki telah membayar pegawai syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan nombor telefon pelanggan untuk digunakan sindiket penipuan pembekal kandungan menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan pelanggan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.