nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan salur dana RM1.3j kepada Zoo Negara

19 NOV: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menyalurkan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar sebanyak RM1.3 juta kepada Zoo Negara pada Jun 2020.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, peruntukan itu bagi menampung kos menyediakan bekalan makanan kepada hidupan liar bagi menghadapi kesan pandemik COVID-19.

Beliau turut difahamkan, beberapa pihak lain juga menghulurkan bantuan dana kepada Zoo Negara.

Shamsul Anuar Nasarah
SHAMSUL ANUAR NASARAH

“KeTSA juga telah melaksanakan beberapa tindakan jangka pendek bagi memastikan kebajikan hidupan liar di semua zoo dan pameran tetap (ZPT) terus terpelihara seperti menyediakan peruntukan sebanyak RM10.2 juta di bawah program Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada premis ZPT yang terjejas.

“Dana ini bertujuan untuk meringankan bebanan kos operasi ZPT dengan menampung keperluan bekalan makanan hidupan liar, pengurusan husbandri dan ubat-ubatan.

Shamsul Anuar mengulas tentang persoalan yang dibangkitkan oleh orang ramai berhubung peranan yang dimainkan oleh kerajaan bagi membantu zoo yang terjejas akibat COVID-19.

“Sebanyak 21 ZPT telah mengemukakan permohonan dan dana telah disalurkan secara berperingkat bermula Mei 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Anuar menambah, kerajaan turut memanjangkan secara spesifik diskaun 15 peratus bil elektrik secara bulanan selama enam bulan kepada ZPT di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0).

Selain itu, beliau memberitahu, kerajaan turut mengedar 15 tan barang sumbangan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) termasuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada premis ZPT.

Shamsul Anuar berkata, kerajaan juga menyediakan bantuan teknikal kepada ZPT khususnya dalam pengurusan husbandri.

Beliau menjelaskan, Zoo Negara dimiliki oleh Persatuan Zoo Malaysia (MZS) yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan diberikan permit pengendalian zoo secara tahunan oleh PERHILITAN bagi mengendalikan zoo.

“Penularan pandemik COVID-19 telah memberi implikasi ke atas kegiatan ekonomi pengendali ZPT di mana hasil kutipan tiket, jualan-jualan produk dan perkhidmatan yang menjadi sumber pendapatan utama ZPT terjejas di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Shamsul Anuar menambah, ZPT sebagai entiti perniagaan tidak sewajarnya meneruskan kebergantungan kepada kerajaan kerana pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu ZPT.

“Bagi tindakan jangka panjang, kementerian melalui PERHILITAN telah mengadakan sesi konsultasi dengan Persatuan Taman Zoo dan Aquaria Malaysia (MAZPA) serta ZPT untuk mengkaji semula peraturan yang berkaitan pengendalian ZPT di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 [Akta 716] bagi memastikan ZPT adalah berdaya tahan dan kebajikan hidupan liar terpelihara,” katanya.

Menurut beliau, strategi penambahbaikan akan digariskan dalam Model Baharu ZPT dan diterima pakai selepas dimuktamadkan.

“Perkara ini penting kerana pengoperasian ZPT bukan sahaja memerlukan kepakaran tetapi melibatkan perbelanjaan pembangunan dan operasi yang tinggi,” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.