nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPM nafi anak tiri SJKT dan SJKC

24 NOV: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan ‘mengganaktirikan’ Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam Belanjawan 2021 dibentangkan di Dewan Rakyat, pada 6 November lalu.

Dakwaan pembangkang itu nyata tidak benar selepas KPM akan memperuntukan RM74.07 juta untuk penyelenggaraan SJKC berstatus sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (SBK), manakala RM29.98 juta lagi diperuntukan kepada SJKT berstatus sekolah kerajaan dan SBK.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr Radzi Md. Jidin, berkata secara keseluruhannya kerajaan memperuntukan RM800 juta bagi tujuan penyelenggaraan sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM.

Dr Radzi berkata daripada jumlah itu, RM750 juta akan digunakan untuk menyelenggaraan sekolah dan bukan sekolah di bawah KPM, manakala baki RM50 juta akan digunakan untuk membina dan menaik taraf dewan terbuka serta kemudahan lain.

“Daripada RM750 juta berkenaan, RM620 juta akan digunakan untuk penyelenggaraan sekolah dan bukan sekolah di bawah KPM; RM30 juta peruntukan tambahan kritikal; RM50 juta untuk institusi di bawah KPM dan RM50 juta lagi untuk membaiki cerun.

“KPM bercadangan mengagihkan peruntukan penyelenggaran bagi 2021 dengan menggunakan formula dengan mengambil kira bilangan, jenis sekolah sama sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Dr Radzi berkata asas perkiraan adalah berdasarkan purata daripada peruntukan RM620 juta bagi 10,223 sekolah, iaitu sebanyak RM60,648 setiap sekolah.

“Siling peruntukan bagi sekolah bantuan kerajaan dikira berdasarkan 90 peratus (90%) daripada purata tersebut didarabkan dengan bilangan 1,930 sekolah bantuan kerajaan. Ini menjadikan siling peruntukan untuk sekolah bantuan kerajaan adalah sebanyak RM105 juta.

“Siling peruntukan bagi 8,293 buah sekolah kerajaan pula adalah berdasarkan peruntukan penyelenggaraan sekolah sebanyak RM620 juta ditolak siling sekolah bantuan kerajaan. Ini menjadikan siling peruntukan untuk sekolah kerajaan ialah RM515 juta,” katanya.

Beliau berkata formula berkenaan dikira berdasarkan jumlah sekolah dan jika ia adalah sekolah kerajaan maka kadar akan diterima adalah mengikut sekolah kerajaan tanpa mengira ia adalah sekolah kenis kebangsaan Cina (SKJC), sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) atau sekolah kebangsaan, sekolah mubaligh dan sebagainya.

Berdasarkan formula berkenaan, Dr Radzi menjelaskan KPM akan memperuntukkan sejumlah lebih RM477.48 juta bagi penyelenggaraan sekolah kebangsaan dan menengah kerajaan termasuk sekolah berasraman penuh di seluruh negara, pada tahun depan.

“KPM akan memperuntukan RM1.2 juta untuk penyelenggaran sekolah rendah dan menengah berstatus sekolah bantuan kerajaan (SBK) yang tidak pernah diberikan perhatian sebelum ini.

“RM74.07 juta pula akan diperuntukan untuk penyelenggaraan SJKC berstatus sekolah kerajaan dan SBK, manakala RM29.98 juta pula akan diperuntukan kepada SJKT berstatus sekolah kerajaan dan SBK,” katanya.

Beliau berkata KPM juga akan menyalurkan peruntukan berjumlah RM20.94 juta kepada sekolah mubaligh berstatus sekolah kerajaan dan SBK, manakala RM4.11 juta untuk sekolah Conforming serta RM12.23 juta untuk sekolah agama kerajaan,” katanya.

Beliau berkata pengagihan peruntukan berkenaan dibuat berdasarkan jumlah dan jenis sekolah terbabit.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.