nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hampir RM200b nilai pelaburan diluluskan

22 DIS: Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan menarik dengan mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM199.8 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama sepanjang tempoh Januari sehingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusri, Datuk Lim Ban Hong berkata, daripada jumlah itu, pelaburan asing menyumbang sebanyak 38.8 peratus dengan nilai berjumlah RM42.6 bilion dan China merupakan penyumbang terbesar pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM17 bilion yang dituruti oleh Singapura (RM8 bilion), Amerika Syarikat (RM2.8 bilion), Switzerland (RM2.8 bilion) dan Belanda (RM2.4 bilion).

Menurut beliau, sehingga 30 November, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menilai sejumlah 910 projek pelaburan dengan nilai RM37.6 biliondalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di samping 23 projek berprofil tinggi dalam sektor yang sama dari pelbagai negara dengan nilai RM75.4 bilion sedang dalam penelitian untuk dibawa masuk pada tahun 2021.

LIM BAN HONG
LIM BAN HONG

“Pelaburan asing tersebut berkaitan industri bernilai dan berteknologi tinggi termasuk peranti perubatan, elektrikal dan elektronik serta automotif. Setakat September 2020, MIDA juga telah mengenal pasti sebanyak 60 projek pelaburan bernilai RM33.3 bilion dari syarikat yang berminat untuk memindah dan mengembangkan operasi mereka ke Malaysia.

“Daripada jumlah itu, enam permohonan projek berjumlah RM12.2 bilion sedang diteliti, terdiri dari syarikat-syarikat menjalankan aktiviti industri berasaskan sumber seperti kertas, elektrikal dan elektronik serta jentera dan logam dan 54 projek pemindahan operasi berjumlah RM21.1 bilion sedang dimuktamadkan oleh MIDA.

“Dengan syarikat multi nasional dari negara China, England, Amerika Syarikat,Taiwan, Australia, Jepun, German, Switzerland dan Korea Selatan daripada sektor industri kimia, elektrikal dan elektronik, jentera dan logam, pengangkutan, industri berasaskan sumber seperti kayu dan kertas, logsitik, teknologi makanan dan teknologi perubatan,” katanya.

Ban Hong berkata demikian ketika mengulung Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Apandi Mohamad dalam perbahasannya membangkitkan tentang usaha yang dilaksanakan kerajaan bagi menarik pelabur asing ke negara ketika berdepan dengan cabaran persaingan di negara serantau.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara, Senator Lim Hui Ying berkenaan usaha dilaksnakan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi menggalakan pelaburan asing di Malaysia, Ban Hong memberitahu kerajaan sentiasa mengambil pendekatan inklusif yang memberi fokus seimbang agar rantaian dan nilai industri sentiasa terjalin,

Menurut beliau, antara usaha dilaksanakan adalah menambak baik dasar-dasar pelaburan dan melicinkan sistem penyampaian kerajaan bagi memudah cara kemasukan pelaburan ke negara Malaysia di samping menubuhkan Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) bagi mempercepatkan kelulusan pelaburan serta menyegerakan pelaksanaan projek.

“Kita juga telah melaksanakan aplikasi e-Manufacturing Licence untuk memberi kelulusan lesen pengilang secara cepat dalam tempoh dua hari bagi industri tidak sensitif dan juga menubuhkan Unit Pusat Sehentian bagi memudah cara kemasukan pelawat perniagaan bagi tujuan perniagaan dan pelaburan dalam waktu tempoh penularan COVID-19.

“Kita juga menawarkan pelbagai Pakej Rangsangan Ekonomi peruntukan khas dana insentif cukai bagi menarik pelaburan langsung domestik dan asing terutamanya daalam tiga subsektor pemangkin iaitu kimia, elektrikal dan elektronik serta mesin dan peraaltan dan dua sektor berpotensi tinggi iaitu peranti perubatan dan aeroangkasa.

“Ini termasuk pakej galakan RM1 bilion di bawah Belanjawan 2021 bagi menggalakan pelaburan teknologi tinggi dan bernilai tambah tinggi yang antara lain menyokong pelaburan RnD dalam industri aeroangkasa serta elektrikal dan elektronik di samping membina rantaian bekalan global yang mampan pada Belanjawan 2021 sebanyak RM1.4 bilion di bawah Skim Pembangunan Nasional. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.