nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Senarai kesalahan, kompaun maksimum langgar SOP diumum esok

5 MAC: Senarai kesalahan dan jumlah maksimum kompaun bagi setiap kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Darurat COVID-19 esok

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Udang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan memberi jaminan pelaksanaan jumlah maksimum kompaun membabitkan kesalahan ketidakpatuhan atau ingkar PKP akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Kerajaan bagi jaminan akan selesaikan pelaksanaannya termasuk pengeluaran saman kepada mereka yang melakukan kesalahan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) yang boleh didenda RM10,000 kepada individu dan RM50,000 kepada syarikat dan perbadanan.

“Kita akan bermesyuarat pagi esok untuk Jawatankuasa Pengurusan Darurat COVID-19, saya sebagai Pengerusi bersama dengan Ketua Setiausaha Negara, (Tan Sri Mohammad Zuki Ali) saya sudah pun bercakap tadi bahawa kita akan membincangkan serta senaraikan jenis kesalahan serta berapa jumlah kompaun maksimum yang boleh dikenakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Lawatan Kerja Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat Covid-19 Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Katanya, peraturan berkenaan terpaksa dilakukan berikutan peningkatan jumlah ketidakpatuhan dan keingkaran masyarakat dalam mematuhi peraturan semasa  PKP.

“Pertama, saya nak jelaskan bahawa ini adalah peruntukan yang terdapat dalam ordinan yang dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong serta diwartakan pada 25 Februari lalu berkaitan dengan Seksyen 25 dalam Akta 342 di mana sebelum ini dalam akta berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan dan orang yang diberi kuasa boleh memberi kompaun kesalahan mengikut akta ini tidak melebihi RM1,000.

“Namun, memandangkan tahap ketidakpatuhan ataupun keingkaran sepanjang pandemik COVID-19 ini semakin meningkat menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk meningkatkan jumlah atau amaun kompaun itu daripada RM1,000 kepada RM10,000 namun ia tidak melebihi RM10,000 dan ini yang penting.

“Dalam hal ini juga, bukanlah bererti seseorang itu akan dikompaun RM10,000 tetapi boleh dikompaun tidak melebihi RM10,000 bergantung kepada tahap kesalahan, jadi sekiranya ia hanya kesalahan kecil atau kesalahan biasa umpama tak pakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera, itu bukanlah kesalahan yang boleh dikompaun RM10,000 kerana ada banyak lagi kesalahan lain yang lebih besar,” katanya.

Takiyuddin berkata, masyarakat yang dikenakan kompaun berkenaan boleh memilih sama ada mahu membayar kompaun berkenaan atau membuat rayuan di mahkamah.

Sebelum ini, walaupun sudah diterangkan oleh kerajaan mengenai langkah penyelesaian terhadap kompaun RM10,000, masih wujud perang persepsi mengenai isu berkenaan yang cuba dimanipulasi oleh ahli politik seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sehingga menimbulkan pelbagai tanggapan buruk terhadap kerajaan.

Sementara itu dalam program berkenaan, Takiyuddin dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man turut diberi taklimat mengenai kadar pematuhan peraturan PKP di negeri ini di mana secara keseluruhan ia berada dalam keadaan sangat baik apabila 98 peratus masyarakat Perlis mematuhi peraturan serta SOP yang ditetapkan kerajaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.