nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NGO sambut baik PEMERKASA, bukti kerajaan prihatin

18 MAC: Pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, amat dialu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) kerana mampu mengurangkan bebanan kewangan dan kesusahan kehidupan penerima.

Bagaimanapun, NGO berharap supaya insentif di bawah program itu sampai kepada kumpulan sasaran melalui kaedah paling telus dan diterima mereka yang benar-benar layak.

Presiden dan Pengasas Persatuan Wanita Inspirasi Negara (WIN), Norhimah Aziz, berkata cara pengagihan insentif itu perlu jelas dan menyeluruh menggunakan pelbagai medium komunikasi supaya bantuan berkenaan diketahui serta difahami kumpulan sasaran.

“WIN berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengutamakan kebajikan rakyat, tetapi apa yang saya risaukan adalah insentif terbabit sampai atau tidak kepada kumpulan sasaran, justeru kerajaan kena pastikan pihak bertanggungjawab untuk mengagihkannya melaksanakan tugas dengan telus serta diterima mereka yang paling layak,”

“Misalnya, kerajaan perlu pastikan insentif disampaikan melalui bantuan orang tengah berkelayakan, iaitu NGO di sesuatu kawasan kerana pihak ini yang benar-benar mengetahui latar belakang dan kesusahan individu atau keluarga di situ, mereka tahu situasi terkini.

“Kerajaan juga disaran mengenalpasti keadaan terkini kumpulan M-40 supaya mereka ini yang betul-betul memerlukan turut dibantu kerana setiap kali bantuan diumumkan, golongan berpendapatan rendah kategori B-40 dan asnaf diutamakan, tetapi hakikatnya ramai M-40 kini berdepan keperitan hidup akibat COVID-19,” katanya ketika dihubung PN BBC.

Sementara itu, Timbalan Presiden dan Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Effendy Mohd Ghani, menyifatkan PEMERKASA membuktikan keprihatinan berterusan kerajaan dalam meringankan kesusahan rakyat yang terkesan dengan COVID-19.

Beliau berkata, sejak setahun lalu, kerajaan memperkenalkan tiga bantuan berkonsepkan prihatin rakyat akibat pandemik terbabit, iaitu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta terkini, PEMERKASA.

Katanya, secara menyeluruh, beliau melihat PEMERKASA memberi manfaat kepada kumpulan sasaran yang membabitkan pelbagai peringkat umur dan latar belakang, termasuk kumpulan pekerja terjejas, diberhentikan kerja serta mengalami pengurangan pendapatan.

“MTUC menyambut baik usaha kerajaan memperuntukkan RM700 juta melalui Program Subsidi Upah 3.0 selama tiga bulan lagi secara lebih bersasar, terutama   kepada sektor pelancongan, perdagangan borong, runcit dan perniagaan yang ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana inisiatif ini mampu membantu 400 ribu pekerja dan 37 ribu majikan.

“Penerusan Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 berjumlah RM1,000 secara ‘one-off’ kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro dapat memastikannya dapat beroperasi semula, sekali gus memberi manfaat besar.

“Dana pembiayaan tambahan sebanyak RM500 juta bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program Bank Simpanan Nasional (BSN), Tekun Nasional (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SME Corp, pastinya memberi lebih peluang kepada kumpulan sasaran untuk menikmati kemudahan ditawarkan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu mengkaji keadaan terkini golongan sasaran bagi memastikan adakah penerima benar-benar layak dan memerlukan bantuan terbabit.

Effendy berkata, MTUC bimbang sekiranya berlaku kes bantuan itu yang disalurkan kepada majikan untuk mengurangkan bebanan mengaji pekerja, tetapi sebenarnya pekerja terbabit sudah diberhentikan akibat COVID-19 tanpa dimasukkan ke dalam rekod syarikat.

Tegasnya, bagi memastikan pengagihan bantuan di bawah PEMERKASA dibuat secara paling telus dan tanpa birokrasi, kerajaan perlu menjalankan kajian terhadap syarat berhubung aspek kelayakan penerima.

“Kajian ini sangat penting bagi memastikan proses penyampaian insentif berjalan lancar dan kerajaan mendapat kesan terbaik daripada usaha dilaksanakan.

“Pada masa sama, MTUC menyeru kerajaan agar tidak menyisihkan bantuan kepada kumpulan individu bekerja dari rumah memandangkan mereka juga memerlukan elaun tersendiri, contohnya bagi membiayai pekhidmatan internet,” katanya.- Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.