nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes baharu lepas paras 2,000 tujuh hari berturut-turut

21 APRIL : Kes baharu COVID-19 di negara ini melepasi paras 2,000 untuk tujuh hari berturut-turut apabila mencatatkan kes sebanyak 2,340 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu membabitkan 2,328 kes tempatan dan 12 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak itu di negara ini setakat tengah hari tadi 381,183 kes.

“Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 526 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 382 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 429 kes, Kelantan (370), Kuala Lumpur (291), Johor (170), Sabah (172), Pulau Pinang (111), Pahang (81), Melaka (63), Kedah (55), Perak (38) dan Negeri Sembilan (24).

“Sebanyak 40 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, penjara, dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Pagar Siput Dua (36 kes), Kluster DTI Lenggeng (3 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

“Terdapat 11 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam kes di Sabah, empat kes di Sarawak, dan satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak sembilan kes melibatkan warganegara dan dua bukan warganegara,” katanya menerusi kenyataan rasmi perkembangan laporan harian COVID-19, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu jumlah kes sembuh baharu dilaporkan sebanyak 1,910 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat pandemik itu melonjak kepada 358, 726 atau 93. 95 peratus daripada keseluruhan kes.

“Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 248 orang termasuk dan 101 yang memerlukan bantuan pernafasan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 21, 687 atau bersamaan 5.68 peratus” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat kluster pendidikan termasuk tiga kluster sekolah /institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) serta tiga kluster komuniti dan dua kluster tempat kerja di samping masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

Tambah beliau, Kluster baharu yang terlibat adalah Jalan Anggerik 21, Johor;       Pengkalan Batik,               Melaka; Anggerik Cempaka, Kedah; Jalan Langat Ceria,      Selangor dan Pintasan Kampung Jawa di               Pulau Pinang.

“Selain itu, tiga daripada terletak di Sarawak iaitu Sungai Lemayong, Duranda Emas          Sarawak serta Taman Mesra Bako dan selebihnya adalah di Putra Tiga, Putrajaya; Pagar Siput Dua, Johor    dan Jalan Perai Jaya        di Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, jumlah kluster aktif kini adalah 343 kluster manakala bagi jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini ialah 67 kluster.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Kok Lanas (78 kes), Kluster Jalan Khidmat (72 kes), dan Kluster Sungai Lemayong (65 kes),”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.