nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes naik mendadak, 3 lokaliti dikenakan PKP di Kelantan

21 APRIL: Peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dalam tempoh dua minggu di tiga jajahan dan daerah di Kelantan, memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lokaliti itu selama lapan hari, bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiga jajahan dan daerah itu adalah Jeli, Kuala Krai serta Gua Musang.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, sepanjang tempoh 14 itu, terdapat peningkatan kes aktif sebanyak 83.9%, iaitu daripada 18 kes kepada 112 kes, selain ketiga-tiga lokaliti itu sudah bertukar kepada zon merah.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di tiga jajahan dan daerah di negeri Kelantan seperti yang dinyatakan bermula 22 April hingga 29 April 2021.

“PKP ini bagi memastikan pergerakan penduduk di lokaliti terbabit dapat dikawal untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan selama dua minggu di tiga taman perumahan di Lahad Datu, Sabah, iaitu Taman Aman 3, Taman Aman Jaya dan Taman Palm Height.

Sehingga kini, katanya, sebanyak 45 kes positif direkodkan di ketiga-tiga lokaliti berkenaan, iaitu 24 kes di Taman Aman 3, manakala Taman Aman Jaya mencatatkan 10 kes dan Taman Palm Height (11).

Beliau berkata, KKM juga melaporkan masih berlaku penularan kes dalam kalangan penghuni taman itu dan kebanyakannya membabitkan jangkitan serumah. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Taman Aman 3, Taman Aman Jaya dan Taman Palm Height di Lahad Datu, Sabah bermula 22 April sehingga 5 Mei 2021.

“PKPD ini memudahkan tindakan kawalan COVID-19 dengan lebih pantas dan berkesan, seterusnya menghalang penularan kes dalam kalangan komuniti,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Perumahan Komuniti Bersepadu Pulau Serai, Pekan, Pahang yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan tujuh hari.

Jelasnya, sehingga kini, KKM menjalankan 545 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes positif direkodkan. 

Pada masa sama, katanya, KKM melaporkan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk lokaliti berkenaan dan sebanyak 47 sampel saringan sedang menunggu keputusan. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Perumahan Komuniti Bersepadu Pulau Serai, Pekan, Pahang sehingga 29 April 2021,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak akan ditamatkan lusa, seperti dijadualkan.

Penamatan itu, katanya, disebabkan daripada 170 ujian saringan dijalankan KKM, sebanyak 13 kes positif direkodkan. 

KKM, katanya, mengesahkan keputusan makmal ujian rt-PCR untuk saringan kali kedua didapati kesemuanya negatif dan tiada lagi sampel saringan sedang menunggu keputusan. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak pada 24 April 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.